Connect with us

Oh! Media

“Lebih Mahal Dari LV Tau”, Ibu Menangis Terima Hadiah Kucing Oyen Dari Anak-Anak

Trending

“Lebih Mahal Dari LV Tau”, Ibu Menangis Terima Hadiah Kucing Oyen Dari Anak-Anak

Jadi impian setiap anak-anak untuk membahagiakan orang tua mereka bila besar nanti. Tak semestinya dengan wang ringgit, dengan beri kegembiraan kepada mereka juga sudah cukup membuatkan orang tua kita tersenyum.

ADVERTISEMENT

Ohmedia tertarik dengan perkongsian dari pengguna Twitter, Fatihah Ghafar yang menunjukkan dia dan adik-beradik membuat kejutan hari lahir buat ibu tersayang.

Menariknya, hadiah yang diberikan ini adalah seekor anak kucing yang selalu digelar sebagai Oyen dan cukup terkenal dengan perangai nakalnya. Tapi difahamkan, kucing Oyen ini sangat diinginkan oleh ibu mereka.

Lagi mahal dari LV tau!

Reaksi dari ibu mereka memang sangat terkejut sehingga menitiskan air mata. Ayah mereka boleh pula datang peluk isteri dan lepas tu kata Oyen lagi mahal dari LV. Happy betul tengok keluarga ni.

Si Oyen pula lepas tu dah diberi nama Simba.

Rata-rata netizen turut gembira dapat melihat wajah kegembiraan dari seorang ibu. Ramai juga yang turut berkongsi kisah mereka bersama ibu dan ada juga yang bercerita pengalaman mereka menjaga kucing Oyen. Apa pula kisah korang?

Kredit: Fatihah Ghafar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas