Connect with us

Oh! Media

10 Malam Terakhir Ramadan, Ibu Minta Doakan Aliff Aziz

Aliff Aziz Bella

Oh! Artis

10 Malam Terakhir Ramadan, Ibu Minta Doakan Aliff Aziz

Isu penceraian antara pelakon, Aliff Aziz dan Bella Astillah yang masih tiada penghujung hingga ibu Aliff Aziz tampil minta doakan anaknya untuk sepuluh malam terakhir Ramadan.

BACA: Aliff Aziz Tidak Mahu Bercerai Kerana Masih Sayangkan Bella Astillah

Menurut laporan Berita Harian, ibu kepada pelakon itu, Siti Hafiza berkata dia berharap yang terbaik untuk rumah tangga anak dan menantunya.

IKLAN

Hafiza juga meminta orang ramai supaya mendoakan perkahwinan pasangan itu setelah Aliff enggan lafazkan cerai.

Bella dan ibu aliff aziz

Doakan yang baik-baik, sekarang kita berada dalam 10 malam terakhir Ramadan, kita semua patut buat perkara positif.

Moga kita semua mendapat kebaikan.

Ibu pelakon ini juga dikatakan mengelak bagi dakwaan isu tidak mengikuti Instagram milik menantunya dan menyatakan itu adalah pilihannya.

Itu adalah pilihan saya, tiada apa-apa. Kalau boleh saya tak nak baca atau lihat benda negatif

Sementara itu, Aliff Aziz dikatakan enggan menceraikan isterinya dengan alasan masih sayangkan perkahwinan mereka ketika prosiding pagi tadi.

Mahkamah juga telah menetapkan sebutan keputusan laporan proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 4 Jun depan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas