Connect with us

Oh! Media

KPDNHEP Kesan Jualan Pelitup Muka Tiruan, Mampu Bahayakan Kesihatan

Trending

KPDNHEP Kesan Jualan Pelitup Muka Tiruan, Mampu Bahayakan Kesihatan

Penggunaan pelitup muka pada waktu sekarang adalah amat penting sehingga ia menciptakan era baru yang mana masyarakat digalakkan memakainya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jangan Serbu Kedai Runcit” -KPDNHEP Gesa Pihak Bantuan Cari Pemborong

Ia merupakan salah satu daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan wabak berlaku secara meluas.

Sehingga sekarang, permintaan produk itu adalah sangat tinggi sehingga ianya laris dan memaksa setiap kedai menambahkan stok jualan dari hari ke hari.

Namun, semasa wabak ini, terdapat juga individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mengedarkan pelitup muka berkualiti rendah.

Pelitup muka tiruan jenama Neutrovis

Pelitup muka jenama Neutrovis
(Sumber: Bernama.com)

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah berjaya mengesan penjualan pelitup muka jenama Neutrovis tiruan bernilai RM60,000 di Johor.

Menurut Harian Metro, pemilik syarikat pengeluar jenama Neutrovis, Zayn Puah berkata, operasi serbuan dilakukan di tiga lokasi di negeri itu membabitkan produk tiruan yang menggunakan jenamanya.

Perkara itu diketahui selepas menerima aduan daripada pelanggan berkaitan pengedaran pelitup muka tiruan itu di pasaran.

Kami telah melaporkan kepada KPDNHEP dan rampasan berlaku di tiga premis sekitar Taman Sentosa dan Tebrau, Johor.

Bahaya untuk kesihatan

Menurutnya, pelitup muka tiruan itu belum menjalani sebarang ujian oleh Medical Device Authority (MDA) dan bahan yang digunakan tidak dikenalpasti.

Mangsa yang tertipu telah membuat aduan apabila mengalami kesukaran bernafas, gelung telinga terlalu kasar dan wajah mereka berjerawat.

Selain itu, produk palsu itu mungkin terdedah kepada bahayanya semasa pandemik.

Penggunaan pelitup muka tiruan ini mampu memudaratkan kesihatan pengguna dan orang sekeliling. Oleh itu tindakan pantas harus diambil.

Pengesahan kod QR

Susulan daripada penjualan tiruan itu, Zayn berkata, pihaknya telah melampirkan pelekat pengesahan dengan QR unik bagi semua produk jenama Neutrovis.

Kami turut memberitahu orang ramai menerusi platform media sosial dan laman sesawang rasmi berhubung laman dalam talian yang didapati menjual produk Neutrovis tiruan.

Penjualan produk tiruan boleh diambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu menggunakan cap dagangan palsu bagi tujuan perdagangan.

Kesalahan itu boleh didenda maksimum RM250,000 dan kesalahan berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000 bagi syarikat atau perbadanan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas