Connect with us

Oh! Media

“Jangan Serbu Kedai Runcit” -KPDNHEP Gesa Pihak Bantuan Cari Pemborong

Umum

“Jangan Serbu Kedai Runcit” -KPDNHEP Gesa Pihak Bantuan Cari Pemborong

Musim pandemik ini, kita dapat melihat kerjasama sesama rakyat dengan masing-masing mencari inisiatif membeli barangan keperluan dan diberikan kepada golongan yang memerlukan. Terdapat juga selebriti tempatan yang bekerjasama dan sanggup turun padang bagi membeli serta menyampaikan bantuan.

ADVERTISEMENT

Namun, di dalam keprihatinan itu, terdapat satu masalah yang timbul kepada bekalan runcit di Malaysia disebabkan oleh pembelian borong badan-badan bantuan kemanusiaan sehingga menyebabkan bekalan barangan habis begitu cepat dan menghalang orang lain untuk membeli.

Melalui hantaran di laman Facebook bernama Ahmad Jailani, dia telah memuat naik sebuah gambar memaparkan suasana di sebuah kedai runcit di Shah Alam yang kehabisan stok disebabkan pembelian pukal pertubuhan badan misi bantuan.

KPDNHEP gesa NGO cari pemborong
Hantaran di laman Facebook yang memaparkan sebuah kedai runcit yang kehabisan stok barang ekoran pembelian pukal badan-badan bantuan kemanusiaan.

Oleh itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mencadangkan badan-badan bantuan kemanusiaan untuk membeli barang keperluan daripada pemborong daripada membeli di kedai runcit bagi mengelakkan bekalan di peringkat peruncit habis.

Menurut laporan Kosmo, pihak KPDNHEP baru-baru ini telah mendapat maklumat berkaitan beberapa barangan keperluan seperti beras, minyak, telur dan sebagainya di sebuah peruncit di Seksyen 27 Shah Alam yang kehabisan stok akibat dibeli bagi tujuan bantuan kemanusiaan.

Pembelian berlebihan itu menyebabkan pengguna di kawasan tersebut terputus bekalan dan memaksa mereka untuk membeli barang daripada peruncit yang agak jauh sedikit.

Fenomena rak-rak kosong sesuatu barangan di sesebuah premis peruncit patut dibimbangi kerana boleh menyebabkan reaksi negatif seperti pembelian panik dalam kalangan masyarakat.

Oleh itu, Kerjasama antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan kemanusian amat diharapkan bagi tidak mewujudkan andaikan buruk atau salah faham terhadap bekalan dan harga barang keperluan.

Tambahnya lagi, pihaknya turut berterima kasih atas kewujudan badan-badan bantuan kemanusiaan dan NGO yang bersama-sama membantu golongan yang terkesan semasa pandemik ini.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas