Connect with us
kpdnhep melaka

Oh! Negara

“Dah Tahu Harga Telur Ayam Tinggi, Kita Kurangkan Makan Telur”- Pengarah KPDNHEP Melaka

Orang ada pangkat kata apa hari ini? Aduhai, kalau tak ada apa-apa nak kata untuk redakan sakit hati rakyat baik diam sahaja. Ini tidak, kecoh pula tentang Pengarah KPDNHEP Melaka yang meminta orang ramai kurangkan makan telur sebab harga telur mahal. Apa ni?

BACA: “Peniaga Makin Melampau!”- Pembeli Bengang Penutup Kotak Telur Ayam Dikenakan Charge

IKLAN

Dalam video tu, Pengarah KPDNHEP Melaka dilihat sedang membuat tinjauan dan pemantauan di sebuah pasar di Melaka susulan kenaikan harga barangan yang menjejaskan pembekal, peruncit, serta pengguna.

Menurut pengarah, Norena Jaafar telah mencadangkan agar orang ramai mengurangkan kadar penggunaan dan pengambilan telur ayam dalam pemakanan seharian mereka.

Kalau dah tahu harga telur ayam tinggi, kita kurangkan makan telur.

Jelasnya, jika selalunya pengguna makan 20 biji telur ayam dalam seminggu, pengguna boleh cuba untuk mengurangkan kadar pengambilan telur sebanyak 10 atau 15 biji seminggu.

Tak ada masalah.. itu adalah cara hidup kita.

Cara hidup kita atau cara hidup kami yang perlu ditekan? Rasanya orang atas boleh sahaja nak makan berapa biji telur pun.

Menjengah di ruangan balas, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah KPDNHEP itu.

Kalau kena kurangkan makan telur ayam habis tu nak makan apa lagi dah kalau telur je yang paling murah.- Netizen.

Telur harga mahal, kurangkan perbelanjaan telur. Menteri harga mahal, kurangkan perbelanjaan menteri jugak la kan?. – Netizen.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas