Connect with us

Oh! Media

Khuatir Rumah Terbakar, Ibu Nekad Terjun Sungai Bersama Anak

Trending

Khuatir Rumah Terbakar, Ibu Nekad Terjun Sungai Bersama Anak

Seorang ibu nekad terjun sungai bersama tujuh orang anaknya yang rata-rata masih kecil termasuk anak yang berusia 2 tahun kerana khuatir dengan keselamatan keluarga akibat kebakaran yang berlaku di Kampung Dumpil, Putatan malam tadi.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, wanita yang dikenali sebagai Sahara Ismail berusia 35 tahun itu nekad meredah sungai paras peha bersama ketujuh-tujuh orang anaknya yang berusia dari 2 tahun sehingga 16 tahun sebelum diselamatkan oleh penduduk kampung.

Menurut Sahara, ketika kejadian itu berlaku, dia sedang tidur dan terjaga untuk membuat susu buat anaknya yang berusia 2 tahun itu.

Sahara Ismail ketika ditemubual malam tadi (sumber Harian Metro)

Ketika itu, saya sedang tidur dan terjaga kerana membuat susu untuk anak. Saya kemudian terdengar teriakan lalu membuka pintu dan melihat rumah jiran terbakar.

Lalu saya masuk ke dalam rumah dan mengejutkan semua anak saya sambil mendukung anak bongsu dan terus terjun ke sungai.

Ketika itu, air sungai tersebut pada paras peha dan saya nekad untuk meredah sungai itu oleh sebab memikirkan keselamatan anak-anak saya.

Menurutnya, rumahnya tidak terbakar namun disebabkan terlalu panik, dia nekad untuk meredah sungai oleh kerana api sudah mula merebak di rumah jirannya yang bersebelahan dengan rumahnya.

anak-anak saya selamat berkat bantuan anak saya yang berusia 16 tahun serta orang kampung, tapi badan kami berlumuran dengan lumpur kesan daripada meredah sungai tersebut.

Sahara mengatakan bahawa dia bersyukur kerana air sungai ketika itu sedang surut memudahkan dia dan anak-anaknya untuk meredah sungai tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran itu pada 10.20 malam.

Haris berkata, pihaknya iaitu sepasukan anggota ibu pejabat polis Daerah (IPD) Penampung tiba di lokasi kejadian dan mendapati anggota bomba sudah tiba di kampung tersebut untuk memadamkan kebakaran dan api berjaya dikawal pada jam 12.20 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim

Maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengatakan antara 17 ke 20 rumah musnah terbakar dan tiada yang dicatatkan terkorban dalam kejadian tersebut.

Keadaan Kampung Dumpil, Putatan akibat kebakaran yang berlaku malam tadi.

Semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu telah dipindahkan ke Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Serigai, Putatan dan pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah masih melakukan siasatan berkaitan punca kebakaran ini berlaku.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas