Connect with us

Oh! Media

Rumah Peninggalan Bapa Terbakar, Ajoi Zainal Tak Tolak Khianat Mungkin Punca Kejadian

Oh! Artis

Rumah Peninggalan Bapa Terbakar, Ajoi Zainal Tak Tolak Khianat Mungkin Punca Kejadian

Penyanyi tempatan, Ajoi Zainal baru-baru ini memaklumkan rumah yang didiami dirinya dan keluarga musnah dalam satu kejadian kebakaran semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: 4 Beradik Maut Rumah Terbakar Ketika Ibu Keluar Cari Juadah Berbuka

Ajoi memaklumkan perkara tersebut menerusi beberapa posting yang dimuat naik di IG Story akaun rasminya.

Rumah terbakar

Ajoi

Menurut Ajoi, kejadian tersebut berlaku sebaik sahaja dia pulang dari menonton persembahan program realiti Big Stage yang diadakan di Shah Alam.

Selepas menonton Big Stage, hati saya memang tak sedap dan nak balik cepat ke rumah. Selepas setengah jam sampai, kebakaran itu terjadi.

Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku, namun penyanyi itu terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM200,000. Hal ini disebabkan keseluruhan bahagian dapur kediaman itu terbakar termasuk lapan buah motosikal dan sebuah kereta.

Dalam pada masa yang sama, Ajoi menyangkal kejadian itu berpunca dari litar pintas namun tidak menolak jika punca kejadian itu berlaku angkara perbuatan khianat.

Belakang rumah stor dan daripada situlah api yang marak. Dapur memang habis terbakar. Saya bersama lapan ahli keluarga yang lain Alhamdulillah selamat tanpa sebarang kecederaan.

Ajoi kini bersama keluarganya telah dibantu oleh jiran tetangga dan kini sedang berlindung dalam sebuah homestay ekoran tidak dibenarkan pulang oleh pihak polis.

Kredit: Instagram | mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas