Connect with us

Oh! Media

Kenapa Tak Pasang Langsir Di Sekolah? Ini Penjelasan Pengamal Perubatan

Sekolah

Trending

Kenapa Tak Pasang Langsir Di Sekolah? Ini Penjelasan Pengamal Perubatan

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan tarikh pembukaan sekolah pada 3 0ktober lalu dan dilaporkan seramai 300,000 pelajar hadir pada hari pertama.

BACA: 83 Peratus Pelajar Universiti Lengkap Dua Dos Vaksinasi

Rombakan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pembukaan sekolah di seluruh negara juga telah dibuat bagi mengekang penularan jangkitan varian.

IKLAN

Hal itu termasuklah pelajar dan guru perlu divaksin, mengamalkan penjarakan sosial serta tidak membenarkan pemasangan langsir di bilik darjah.

Bagaimanapun, arahan menanggalkan langsir di dalam bilik darjah telah menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan ibu bapa dan guru.

Pengamal perubatan beri penjelasan isu langsir tidak dipasang di sekolah

Berhubung dengan perkara itu, menurut pengamal perubatan, Dr. Malar Santhi Santherasegapan, ketetapan itu dibuat bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan.

Menurutnya. ruang-ruang di sekolah dan pejabat perlu dibersihkan sebanyak dua kali sehari dengan menggunakan teknik penyemburan.

Kita takut apabila sedang bercakap, terbatuk atau terbersin, ada titisan-titisan air daripada percakapan dan pernafasan kita yang melekat di permukaan langsir.

Kita perlu membersihkan kawasan tersebut sebanyak dua kali sehari dan sekiranya terdapat langsir jenis kain, ia akan menyukarkan kerana kita perlu membasuh langsir jenis kain tersebut sebanyak dua kali.

Tambahnya lagi, oleh kerana itulah saranan menanggalkan langsir jenis kain tersebut perlu diikut oleh setiap sekolah,

Langsir kain boleh digantikan dengan plastik

Bagaimanapun, menurutnya, pihak sekolah boleh menggantikan dengan cara lain seperti menggunakan langsir yang diperbuat daripada plastik.

Contoh seperti shower curtain. Ia boleh dibersihkan dengan teknik penyemburan

Bercerita tentang keadaan di wad kecemasan, beliau mengakui pihak hospital turut menggunakan penghadang plastik jenis lutsinar yang memudahkan jururawat memantau pesakit.

Tambahnya, penghadang jenis plastik itu boleh dibersihkan dengan teknik penyemburan dan ia amat sesuai digunakan dalam bilik darjah.

Pastikan pembersihan dilakukan sebanyak dua kali sehari agar sesi pembelajaran dapat dilakukan seperti biasa tanpa banyak gangguan jangkitan.

Selain itu, beliau juga berharap agar tiada kluster yang akan berlaku di sekolah dan mendoakan agar murid-murid dan guru-guru dipermudahkan urusan dalam sesi pembelajaran secara fizikal.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas