Connect with us

Oh! Media

83 Peratus Pelajar Universiti Lengkap Dua Dos Vaksinasi

pelajar universiti

Trending

83 Peratus Pelajar Universiti Lengkap Dua Dos Vaksinasi

Malaysia telah direkodkan 90 peratus lengkap vaksinasi bagi dewasa semalam, dan tidak dilupakan, 83 peratus pelajar universiti telah lengkap dua dos vaksin.

ADVERTISEMENT

BACA: Kerajaan Benarkan Rentas Negeri Serentak Seluruh Negara, Ini 5 Negeri Yang Masih Bawah 80% Vaksinasi Dewasa

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, seramai 1.15 juta pelajar institut pengajian tinggi (IPT) direkodkan buat masa ini dan 83 peratus atau seramai 951,739 pelajar universiti telah menerima dos lengkap vaksin sejak 1 Oktober lalu.

0.2 peratus pelajar tidak divaksin

Noraini Ahmad

Bagi kakitangan IPT pula, seramai 117,721 atau 90 peratus telah menerima dos lengkap.


Menurut Mstar, Noraini Ahmad berkata demikian demi menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru yang meminta perkembangan terkini mengenai program vaksinasi mahasiswa. Noraini juga berkata, setakat 8 Oktober, sebanyak 0.2 peratus atau seramai 2,286 pelajar yang tidak divaksin atas faktor kesihatan.

Noraini juga menjelaskan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan menutup kampus secara mengejut seperti yang dilaksanakan sebelum ini. Sebaliknya, penutupan sesebuah IPT hanya boleh dibuat atas nasihat dan pertimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas