Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak Maut Dibaham Singa Ketika Berkunjung Ke Zoo

Oh! Tidak

Kanak-Kanak Maut Dibaham Singa Ketika Berkunjung Ke Zoo

Keseronokan satu keluarga yang melawat zoo bertukar menjadi tragedi selepas anak perempuan keluarga berkenaan maut di baham seekor singa.

ADVERTISEMENT

BACA: Jatuh Ketika Latihan Merentas Desa, Pelajar Tingkatan 4 Meninggal Dunia

Menurut Harian Metro, kejadian yang berlaku di Bandar Dinder, 400 kilometer di selatan Khartoum itu terjadi selepas kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu dikatakan keluar berkelah bersama keluarganya ke taman hidupan liar tersebut untuk menikmati cuti sempena Aidilfitri.

Namun ianya bertukar tragedi selepas kanak-kanak itu dibaham seekor singa ketika dia menghampiri kandang haiwan liar tersebut.

Mangsa yang dikatakan menundukkan kepalanya ke arah kandang singa tersebut mengalami cedera parah akibat diserang singa tersebut.

Keluarga mangsa dengan bantuan dari pengunjung yang lain kemudiannya cuba membebaskannya daripada cengkaman singa itu, namun tidak berjaya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas