Connect with us

Oh! Media

Janin Bayi Lelaki Dibuang Dalam Mangkuk Tandas Di Stesen Minyak

Ohmedia polis

Trending

Janin Bayi Lelaki Dibuang Dalam Mangkuk Tandas Di Stesen Minyak

Orang awam telah menemukan janin bayi yang cukup sifat dalam tandas di sebuah stesen minyak petang semalam. Allahu..

BACA : Jatuh Ketika Latihan Merentas Desa, Pelajar Tingkatan 4 Meninggal Dunia

Menurut laporan Berita Harian, kejadian tersebut berlaku di Danau Kota, Setapak dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah.

IKLAN

Apa yang menyedihkan, janin bayi lelaki yang berusia antara 6 hingga 8 bulan itu dibuang ke dalam mangkuk tandas di sana.

Janin itu dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit yang boleh menerima hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk hadir ke balai polis berdekataan ya atau hubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas