Connect with us

Oh! Media

Ibu Bapa Biarkan Anak Hempas Pinggan Di Restoran Terima Kecaman

Trending

Ibu Bapa Biarkan Anak Hempas Pinggan Di Restoran Terima Kecaman

Baru-baru ini viral di platform X, seorang wanita meluahkan rasa kesal tentang isu kanak-kanak buat masalah di sebuah restoran. Lagi tidak masuk akal apabila pasangan itu biarkan anaknya menghempas sudu dan pinggan.

ADVERTISEMENT

BACA: Kanak-Kanak 10 Tahun Maut Selepas Makan Kek Hari Jadi

Menurut laporan mStar, wanita tersebut berkata pasangan tidak bertanggungjawab itu langsung tidak endahkan jelingan daripada pelanggan yang lain.

Situasi di dalam restoran dikatakan penuh dengan suara jerit pekik dan tangisan kanak-kanak.

Melalui hantaran X yang dikongsikan, dia menyatakan ibu bapa dua kanak-kanak berkenaan membiarkan anaknya buat bising sehingga menganggu orang sekeliling.

Kepada mak ayah yang duduk di meja 60, anda adalah antara mak ayah paling teka berguna aku pernah jumpa.

Dua-dua anak menjerit sekuat hati, ayah main telefon… makan buat bodoh. Mak pula macam tak ada effort.

Tambahnya, pasangan itu menunjukkan mereka tidak layak memikul tugas sebagai ibu bapa kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Luahan wanita itu dapat perhatian orang ramai yang turut menunjukkan rasa geram.

Dah jadi parent ni, kalau anak bukan jenis behave, lupakanlah hasrat nak makan kat tempat awam, baik tapau makan kat rumah. Tunggu anak besar sikit dan dengar cakap baru makan luar.

Dalam hantaran yang sama, wanita itu juga mengatakan insiden itu telah membuatkan dia hilang selera semasa berbuka.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas