Connect with us

Oh! Media

Jatuh Ketika Latihan Merentas Desa, Pelajar Tingkatan 4 Meninggal Dunia

C536501e 4297 4269 93e9 efd53b02aa78

Trending

Jatuh Ketika Latihan Merentas Desa, Pelajar Tingkatan 4 Meninggal Dunia

Terdapat satu kejadian dimana seorang pelajar lelaki tingkatan empat maut ketika menjalani latihan merentas desa. Kesiannya..

BACA : Wanita Tergamak Tikam Dan Potong Kemaluan Teman Lelaki

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku pada pukul 8.34 pagi tadi di Marang, Terengganu dan perkara ini dikatakan sendiri Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris.

IKLAN

Pada awalnya, pelajar tersebut terjatuh ketika sedang berlari sebelum pengsan. Beberapa pelajar yang turut menjadi saksi juga cuba memberi bantuan pernafasan tapi keadaan mangsa dikatakan semakin lemah.

Guru yang bertugas membawa mangsa ke klinik Pengkalan Berangan untuk menerima rawatan namun doktor memaklumkan mangsa meninggal dunia.

Terdapat luka di kening, calar dibawah dagu dan tangan pada mangsa akibat terjatuh. Bapa kepada mangsa juga dikatakn telah membuat laporan polis dan turut menolak proses bedah siasat ke atas anaknya itu.

Beliau juga menyatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya terjadi perkara berbangkit pada masa akan datang.

Redha betul bapanya. Semoga ahli keluarga mangsa yang lain tabah atas kehilangan insan tersayang, takziah kami ucapkan..

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas