Connect with us

Oh! Media

Jurutera Kereta Api Furnikular Bukit Bendera Ada Di Switzerland, Mungkin Akan Ditutup?

bukit bendera

Trending

Jurutera Kereta Api Furnikular Bukit Bendera Ada Di Switzerland, Mungkin Akan Ditutup?

Baru-baru ni tersebar video menunjukkan orang ramai beratur panjang sampai ada yang duduk di atas lantai selepas perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera mengalami kerosakan selama beberapa jam.

ADVERTISEMENT

Nasib baiklah waktu krew ohmedia pergi Bukit Bendera 27 Oktober 2021 hari tu, tidak berlaku macam ni. Apapun memang tak dapat dinafikan yang terlalu ramai rakyat Malaysia ke Bukit Bendera sehinggakan kami terpaksa ambil express lane.

Ketua Menteri Pulau Pinang cadang tutup Bukit Bendera?

Bagi memastikan keselamatan penumpang sewaktu menaiki kereta api funikular Bukit Bendera, Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang akan mempertimbangkan untuk menutup perkhidmatan ini jika ia alami kerosakan berterusan.

Saya akan menyerahkannya kepada pasukan pengurusan Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PHC) tetapi jika perlu ditutup walaupun pada musim kemuncak, hentikan perkhidmatan kereta api.

Kereta api beroperasi tanpa henti jadi punca kerosakan

Pengunjung yang semakin meningkat dilihat menjadi punca kereta api ini terpaksa beroperasi tanpa henti selama beberapa hari. Ini menyebabkan tali dawai pada kereta api dilihat mula menyentuk tali dram di bawah salah sebuah koc.

Perkara itu disahkan oleh PHC yang merekodkan 7,298 penumpang sehari dan itu adalah jumlah yang tinggi.

Apa yang menjadi masalah lagi adalah apabila jurutera yang mampu melakukan penyelenggaraan secara besar-besaran berada di Switzerland dan tidak boleh datang ke Malaysia akibat wabak.

Jumlah penggunjung sangat luar biasa kerana perjalanan rentas negeri dan cuti perayaan. Jumlah penggunjung sama seperti sebelum Covid-19.

Oleh itu, kita perlu mempercepatkan kerja-kerja penyelenggaraan utama kerana sebelum ini, kereta api ini berjalan pada kapasiti 50 peratus, tetapi kini ia berjalan pada kapasiti 70 hingga 80 peratus.

Jika penutupan itu adalah yang terbaik, itulah sebaiknya kerana kita tidak mahu berlaku kemalangan yang tidak disangka-sangka. Apapun patuhilah SOP dan jaga keselamatan tidak kira di mana berada.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas