Connect with us

Oh! Media

Tak Sampai Seminggu Rasmi, Taman Permainan Di TRX Exchange Mall Dah Rosak

trx exchange mall ohmedia

Oh! Tidak

Tak Sampai Seminggu Rasmi, Taman Permainan Di TRX Exchange Mall Dah Rosak

Sejak beberapa hari ni, rakyat Malaysia dilihat teruja dan tak lepaskan peluang untuk berkunjung ke TRX Exchange Mall yang akhirnya dibuka.

Keunikan seni binaan yang boleh dikatakan seperti tidak berada di Malaysia itu menjadikan satu tarikan baru buat rakyat an pelancong luar negara berkunjung ke Kuala Lumpur.

Sejak itu juga tersebar video di TikTok menunjukkan ibu bapa bawa anak-anak berjalan sekitar TRX Outdoor Playground dan ada tu sampai basah kuyup sebab berpesta air pancut.

IKLAN

Meriah memang meriah tapi pihak pengurusan bagi ke main semua ni?

Melihat keadaan seperti ini, ada juga yang terpanggi untuk mendapatkan kepastian daripada pihak pengurusan TRX Exchange Mall sama ada pengunjung dibenarkan untuk membiarkan anak-anak bermain air pancut dan semua kawasan.

Berdasarkan perkongsian wanita itu di aplikasi X, pihak pengurusan mengatakan buat masa ini tiada sebarang larangan dan penjaga perlu memberikan perhatian penuh terhadap anak-anak kecil ini.

Apapun, sekarang banyak benda dah rosak katanya selepas diserbu Sabtu dan Ahad hari tu, hurmm…

Bagaimanapun, hari ini satu lagi gambar viral dekat aplikasi X menunjukkan keadaan taman permainan interaktif air telah ditutup kerana berlaku kerosakan.

Rata-ratanya mempersoalkan sikap pengunjung terutamanya ibu bapa yang bawa anak-anak kerana tidak mempunyai common sense.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas