Usahawan dan pempengaruh media sosial Adib Banana Dibs mendedahkan cawangan perniagaannya yang terletak di Melaka telah disihir.
Adib atau nama sebenarnya Abdul Adib Aidil, mula berasa tidak sedap hati selepas mendapati hasil jualannya merosot secara mendadak.
IKLAN
Saya ada lima orang pekerja, seorang pekerja dibayar gaji RM60 sehari. Jadinya lima darab dengan 60 jadi RM300. Tetapi hasil jualan hanya dapat RM100 sahaja.
Bayangkan RM100 itu bermaksud hanya 6 kotak sahaja terjual, bermakna dalam satu jam hanya satu kotak. Kemudian, saya mula musykil dan risau apa yang berlaku dengan kedai.
Bukan itu sahaja, Adib mendakwa perniagaanya telah disihir selepas meminta pertolongan daripada seorang ustaz untuk melihat keadaan kedai.
Menurut usahawan yang berusia 24 tahun itu, dia terkejut kerana sering menjumpai duit syiling yang bertaburan di sekeliling premisnya.
Keluarga saya panggil seorang ustaz datang untuk lihat kedai, sebanyak dua kali ustaz itu datang dan memang sebenarnya ada orang ‘hantar’ (sihir).
Ada jumpa banyak syiling dijumpai dalam kedai itu salah satu cara nak sihir kedai. Supaya kedai saya tutup.
Ramai pelanggan yang mesej tanya kenapa kedai tutup, sedangkan kedai buka sahaja. Mata mereka dikaburi, tak nampak. Ada ‘benda’ yang tutup.
Saya cuba berfikiran positif dan terus bertahan untuk beberapa bulan selepas ustaz datang tolong tengok, tetapi masalah masih sama. Syiling masih ditemui, akhirnya saya tutup sebab takut.
Difahamkan, Adib berkongsi mengenai perkara itu menerusi live di TikToknya dan rakaman tersebut dimuat naik semula oleh netizen.
Rupanya bananadibs kat Melaka tu dah tutup sebab……macam biasa la Melayu kalau meniaga mesti ada yang dengki 🫢Kesian adib biasa maksudnya 😤 pic.twitter.com/kjnM1CZhOz
Terdahulu, tular pasangan pempengaruh yang viral menjahit baju ropol-ropol, mendakwa mereka disihir kerana menemui gumpalan rambut dalam periuk rebusan laksa yang ingin dijual.