Connect with us

Oh! Media

“Jangan Nak Syok Sendiri Je” – Restoran Dikritik Gara-Gara Melenting Jawab ‘Review’ Pelanggan

review

Oh! Tidak

“Jangan Nak Syok Sendiri Je” – Restoran Dikritik Gara-Gara Melenting Jawab ‘Review’ Pelanggan

Sebagai peniaga makanan, sebaiknya setiap teguran pelanggan diterima secara baik untuk memperbaiki kekurangan yang ada.

ADVERTISEMENT

BACA: Utamakan Solat Subuh, Restoran Nasi Kandar Popular Mohon Maaf Buka Lambat

Tetapi, lain pula kisah pemilik restoran di Bukit Jelutong ini apabila dia melenting menjawab ‘review’ yang ditinggalkan pelanggan mengenai jualannya.

Isu itu dibangkitkan seorang wanita menerusi kumpulan Facebook ‘Bukit Jelutong Community’ memaparkan tangkap layar respon yang ditinggalkan restoran di aplikasi Grab.

restoran

Puan Nurul menerusi perkongsian itu menyifatkan jawapan balas yang diberikan restoran terhadap tegurannya sebagai biadap.

Dia memberi teguran supaya restoran dapat menambah baik masakan dan kualiti makanan terjaga. Jelasnya, untuk memastikan bisnes maju dan kekal lama, restoran perlulah mengambil kira ‘review’ pelanggan walaupun ianya negatif.

restoran

Di ruangan komen, rata-rata netizen juga tidak bersetuju dengan cara penerimaan pihak restoran tersebut.

Mereka melihat pihak restoran langsung tidak meminta maaf kepada pelanggan dan respon sebegitu seperti menabur pasir di periuk sendiri.

Kredit: Bukit Jelutong Community

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas