Connect with us

Oh! Media

Isteri Penat Kerja Sara Keluarga, Suami ‘Biawak Hidup’ Senyap-Senyap Kahwin Janda

Trending

Isteri Penat Kerja Sara Keluarga, Suami ‘Biawak Hidup’ Senyap-Senyap Kahwin Janda

Di Facebook, Peguam Syarie dari Tetuan Khairul Fahmi & Associates, Tuan Fahmi Ramli menceritakan satu kisah dari Mahkamah Syariah Kuala Muda di mana isteri yang menanggung nafkah rumahtangga.

ADVERTISEMENT

BACA: Dah Bercerai, Tapi Boleh Tinggal Sebumbung? Ini Penjelasan Peguam Syarie

Demi meraih pendapatan lumayan, isteri yang merupakan jururawat sanggup merantau ke negara Timur Tengah untuk bekerja.

Dengan niat membantu keluarga dan menstabilkan kewangan, si isteri dikatakan telah mendapat keizinan daripada suami memandangkan anak-anak semuanya sudah besar.

Setiap bulan, Ayu akan kirim ke Malaysia sekurang-kurangnya RM7000 sebulan kepada suaminya. Sehinggalah…. Ayu mendapat tahu bahawa suaminya telah berkahwin seorang lagi di Sempadan Siam. Apa lagi, luluh la hati Ayu. Sudahlah duit dikirim setiap bulan setelah penat membanting tulang di negara luar, suaminya juga tak kerja.

Cerita peguam ini lagi, duit yang dikirim Ayu itulah digunakan si suami untuk mas kahwin isteri keduanya. Suami Ayu tidak bekerja tetap, hanya mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung.

Perbuatan suami mula kantoi apabila anak mengadu wang belanja tidak cukup kerana perlu membayar yuran tuisyen.

Setibanya ke Malaysia, Ayu terus menyoal suami mengenai wang yang diamanahkannya selama ini. Barulah suami mengaku bahawa dia telah berkahwin dengan seorang janda dari kampung sebelah.

Di mahkamah, suami tidak mahu melepaskan Ayu. Suami mendakwa Ayu pergi bekerja tanpa keizinannya dan dia sebagai suami telah menyediakan nafkah secukupnya.

Berkongsi dengan lebih lanjut, peguam ini menyenaraikan 5 faktor yang perlu dibuktikan isteri bila suami gagal memberikan nafkah.

Faktor itu merangkumi rumah perkahwinan, pekerjaan suami sebelum dan selepas kahwin, bagaimana saraan nafkah isteri sebelum kes cerai difailkan, tempoh ketiadaan nafkah diri dan bagaimana menampung keperluan nafkah.

Kesimpulan dari kisah Ayu,

1) Make sure nafkah yang diberi tu dalam bentuk wang ringgit (ikut kemampuan) dan bank in jer supaya mudah nak bukti apa-apa pun di mahkamah.

2) Kalau rasa isteri ini nusyuz, dapatkan nasihat peguam untuk membuat tuntutan sabitan nusyuz.

3) Isteri tak wajib beri duit kepada suami, kalau niat nak membantu, berpada-pada. Jangan sampai suami naik lemak. Ramai yang naik lemak sekarang sebab isteri dah kerja. Baik tak payah laki kalau isteri yang dok tanggung.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan pengajaran pasangan berkahwin di luar sana. Dalam berumahtangga, masing-masing mempunyai peranan tersendiri. Jadilah insan bertanggungjawab.

Perkongsian penuh:

Kredit: Facebook Fahmi Ramli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas