Connect with us

Oh! Media

Trending

Asap Rokok, Tar Atau Nikotin? Mana Yang Paling Memudaratkan & Heret Perokok Kepada Kebinasaan?

Rasanya bila kita ‘sembang’ tentang masalah merokok dalam kalangan masyarakat Malaysia, ia seperti tiada jalan keluar. Saban hari ada saja masalah yang ditimbulkan golongan ini, malah larangan merokok yang dikuatkuasakan di tempat awam juga mula diendahkan.

Ramai perokok memberikan alasan, merokok sekadar untuk menghilangkan rasa mengantuk dan memberikan tenaga tapi kerana ketagihan, tabiat ini sukar untuk ditinggalkan. Namun menjadi persoalan, adakah perokok tidak mengetahui bahayanya produk yang dihisap sehingga sanggup menempah mudarat terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling?

IKLAN

Rokok di mana bahayanya?

Bagi mengekang masalah ketagihan merokok, kerajaan telah melaksanakan kempen “Tak Nak Merokok’ sejak tahun 2004, malangnya kempen ini dilihat sebagai satu kegagalan kerana perokok merasakan kempen ini sekadar ingin menakutkan mereka melalui imej yang dipaparkan pada kotak rokok.

Sebaliknya apa yang diperlukan oleh perokok dan masyarakat adalah untuk memahami mengapa perbuatan merokok itu bahaya dan apakah puncanya supaya mereka lebih peka serta cakna.

1. Adakah tar jalan sama dengan tar dalam rokok?

Seperti yang kita tahu salah satu kandungan rokok adalah tar, tapi ia tidak sama seperti tar yang digunakan untuk menurap jalan sebaliknya tar ini ialah bahan melekit berwarna coklat yang menjadi penyebab gigi dan jari perokok berubah kepada warna coklat kekuningan.

Tar ini turut menjadi punca utama penyakit berkaitan dengan merokok seperti kanser paru-paru, menyempitkan saluran untuk menghirup oksigen serta merosakan cilia yang melindungi paru-paru daripada bendasing dan jangkitan kuman.

2. Asap rokok punca utama penyakit berkaitan merokok seperti kanser paru-paru, emfisema!

Punca utama masalah rokok ialah melalui aktiviti pembakaran yang dilakukan. Menurut kajian setiap batang rokok yang dinyalakan, kandungannya menghasilkan tindak balas kimia yang membebaskan asap berbahaya. 

Asap yang dibebaskan daripada pembakaran rokok mengandungi lebih 7,000 bahan kimia seperti karbon monoksida, benzena dan acrolein yang kebanyakannya berbahaya kepada manusia. Malah kajian telah mengenal pasti, 70 daripada bahan kimia itu sebagai penyebab pada penyakit kanser.

3. Nikotin, adakah ia berbahaya pada manusia?

Apa itu nikotin? Nikotin ini sebenarnya berasal daripada tumbuhan, walaupun ia menyebabkan ketagihan namun ia bukanlah punya utama yang menyebabkan penyakit berkaitan rokok. 

Di pasaran, terdapat banyak produk alternatif yang menawarkan nikotin tanpa mengeluarkan sebarang asap yang memudaratkan sebagai pengganti rokok. Walaupun tidak dinafikan produk alternatif yang mengandungi nikotin tidak bebas risiko, tetapi nikotin bukanlah punca utama penyakit yang berpunca daripada aktiviti merokok. Oleh itu, produk alternatif boleh membantu perokok mengurangkan kemudaratan.

Namun begitu, di Malaysia pendedahan kepada produk alternatif masih tidak telus dan ia sedikit sebanyak menyukarkan masyarakat mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber yang berkredibiliti. 

Mengambil contoh negara Asia seperti Jepun dan Korea Selatan, kedua negara ini telah mengorak langkah dengan memperkenalkan produk alternatif sebagai pengganti yang kurang memudaratkan kepada perokok yang tidak mahu berhenti merokok.

Jepun memperkenalkan produk tembakau yang dipanaskan (Heated Tobacco Products “HTP”) sejak tahun 2013 menyaksikan penurunan perokok tegar sebanyak 44 peratus dalam masa empat tahun.

HTP ini berfungsi dengan memanaskan tembakau di bawah suhu 350°C tanpa pembakaran, di mana ia tidak menghasilkan api, abu, atau asap. 

Disebabkan tidak membakar, ia cuma menghasilkan wap mengandungi nikotin berperisa yang membebaskan rasa sebenar tembakau. 

Selain itu, terdapat juga produk alternatif lain yang boleh didapati di pasaran seperti nicotine-replacement treatment (NRT) yang berbentuk pelekat dan yang paling popular e-rokok (vape, e-pipe, e-cigars, dan lain-lain).

Adakah anda mengurangkan kemudaratan hari ini?

Sudah sampai masanya untuk Malaysia lebih proaktif menangani masalah ketagihan merokok dalam kalangan masyarakat, justeru mengurangkan kemudaratan dalam kalangan perokok. 

Selain kempen tak nak merokok dan menyebarkan bahayanya rokok, kerajaan seharusnya mencuba pendekatan baharu melalui penggunaan produk alternatif seperti peranti tembakau yang dipanaskan untuk membantu perokok yang tidak mahu berhenti merokok.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas