Connect with us

Oh! Media

Hasrat Lima Graduan UiTM Ke Majlis Konvo Tak Kesampaian, Terlibat Dengan Kemalangan Ketika Perjalanan

Oh! Tidak

Hasrat Lima Graduan UiTM Ke Majlis Konvo Tak Kesampaian, Terlibat Dengan Kemalangan Ketika Perjalanan

Satu tragedi yang tragis menimpa lima graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis konvokesyen di UiTM Shah Alam.

ADVERTISEMENT

BACA: Lima Pelajar Rentung Dalam Satu Nahas, Pemandu Treler Terlibat Dengan Kemalangan Ditahan

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Noor Azam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.35 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian yang bertempat di Kilometer 396 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Ulu Bernam.

Kemalangan melibatkan sebuah Proton Saga yang dinaiki lima graduan perempuan berusia 21 tahun, telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Akibat kemalangan tersebut seorang daripada mereka tersepit di bahagian hadapan dan mengalami kecederaan parah.

Manakala empat lagi rakan mangsa pula mengalami kecederaaan ringan dan kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

Tambah Noor Azam lagi, kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen di UiTM Shah Alam.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas