Connect with us

Oh! Media

Lima Pelajar Rentung Dalam Satu Nahas, Pemandu Treler Terlibat Dengan Kemalangan Ditahan

Trending

Lima Pelajar Rentung Dalam Satu Nahas, Pemandu Treler Terlibat Dengan Kemalangan Ditahan

Lima pelajar dipercayai rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Terowong Menora.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Beradik Hilang Dari Asrama Turut Ditemui Di Kedah

Laporan Kosmo melaporkan, pemandu treler yang terbabit dengan kemalangan maut itu kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pihaknya akan membuat permohonan reman ke atas suspek untuk siasatan lanjut.

Permohonan reman ke atas lelaki itu akan dilakukan di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan kereta jenis Honda City dinaiki mangsa dengan dua treler membawa muatan mozek dan besi pagar.

Treler muatan mozek dipandu lelaki berusia 37 tahun sedang dipandu di lorong kanan dengan kereta mangsa mengekori di belakang. Hal ini disebabkan oleh lorong kiri laluan ditutup kerana penyelenggaraan jalan.

Semasa melalui kawasan tersebut, treler dan kereta itu dipercayai memperlahankan kenderaan sebelum sebuah treler muatan pagar besi tidak sempat membrek lalu merempuh belakang kereta tersebut.

Rempuhan itu menyebabkan kenderaan berat berkenaan menyeret kereta mangsa ke hadapan sehingga melanggar bahagian belakang treler lain.

Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Klima-lima pelajar itu yang merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) maut ditempat kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kredit: Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas