Connect with us

Oh! Media

Harga Ayam Pencen RM8 Seekor, Jadi Pilihan Utama Pelanggan?

ayam pencen

Trending

Harga Ayam Pencen RM8 Seekor, Jadi Pilihan Utama Pelanggan?

Kekurangan ayam segar di beberapa pasar utama di negeri Terengganu telah menyebabkan pelanggan terpaksa membeli ayam pencen atau ayam tua.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Tikus Selamba Lepak Atas Tempat Potong Ayam Goreng, Kembang Tekak!

Menerusi laporan Berita Harian, ayam pencen yang berharga RM8 seekor menjadi pilihan utama buat pembeli yang tidak dapat membeli ayam segar di beberapa pasar utama termasuk Pasar Chabang Tiga.

Bekalan ayam segar semakin berkurang

ayam pencen

Menurut Rosshidawani Ruslee, seorang peniaga ayam dari Kampung Kubang Parit, bekalan ayam segar yang dijual pada harga RM8.90 sekilo kini semakin berkurang dan tak mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan di pasar.

Kami hanya memperoleh ayam segar daripada pemborong antara 50 dan 80kg sehari sedangkan pesanan dibuat sebanyak 150kg.

Kami tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan tetap seperti pengendali dewan makan asrama sekolah dan beberapa restoran.

Ayam segar juga terpaksa dihadkan sebanyak dua ekor saja untuk setiap pelanggan yang mahu membeli bagi keadilan untuk setiap pelanggan.

Jika bekalan ayam segar yang dijual kehabisan, ayam pencen menjadi pilihan utama pelanggan.

Peniaga juga dikatakan akan membuat tempahan antara 100 serta 120 ekor ayam pencen sehari untuk memenuhi permintaan pelanggan yang tak dapat membeli ayam segar.

Sudah lebih seminggu ayam pencen menjadi pilihan pelanggan dan semoga krisis kekurangan ayam segar ini akan segera berakhir!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas