Connect with us

Oh! Media

“Kita Tak Boleh Buat Total Lockdown.” – Azmin Ali Jamin Takkan Tutup Sektor Ekonomi

sektor ekonomi

Trending

“Kita Tak Boleh Buat Total Lockdown.” – Azmin Ali Jamin Takkan Tutup Sektor Ekonomi

Beberapa hari ini kes Covid-19 menunjukkan peningkatakan yang sangat ketara buat Malaysia dan juga negara-negara luar. Namun, kenaikan kes yang mendadak ini tidak menjadi punca untuk kerajaan menutup mana-mana sektor ekonomi.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Total Lockdown’ Bukan Satu Langkah Yang Bijak Untuk Tangani Omicron – WHO

Menerusi laporan Awani, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengambil kira kesan negatif yang ditanggung kerajaan terhadap ekonomi apabila berlaku pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada tahun 2020.

Tak akan laksana lockdown

Sektor ekonomi

Menurut Azmin Ali, MITI akan terus memastikan peniaga tidak akan berdepan dengan impak ekonomi yang memaksa mereka yang berada dalam sektor perniagaan untuk gulung tikar.

Kerajaan juga telah membuat keputusan untuk tidak akan melaksanakan total lockdown di Malaysia.

Ya, kerajaan umum takkan PKP kerana kesan kepada ekonomi dan pengangguran.

Sebagai contoh pada awal 2020 ketika kita laksana total lockdown, kadar pengangguran negara meningkat kepada 5.3 peratus sehingga 826,000 rakyat Malaysia hilang pekerjaan.

Kita tak boleh mengenakan total lockdown sekali lagi. Apa yang kita buat berdasarkan data dan sains, kita lebih bersasar.

Azmin menyatakan, jika ada kenaikan kes, mereka akan menggunakan data dan sains untuk mengawal penularan wabak Covid-19.

MITI telah melaksanakan program vaksinasi yang melibatkan program imunisasi industri Covid-19 dengan kerjasama awam-swasta (Pikas) yang melibatkan dua juta pekerja sektor pembuatan untuk memastikan sektor ekonomi tidak terjejas dengan wabak Covid-19.

Sekarang ini, ekonomi negara juga dah tak mampu nak tanggung impak pelaksanaan total lockdown yang melibatkan kira-kira 826,000 rakyat malaysia hilang sumber pendapatan.

Semoga negara kita sentiasa dilindungi dan kerajaan tidak perlu melakukan sebarang penyekatan antara negeri-negri dan daerah di Malaysia. Semoga kita dapat hidup kembali seperti biasa.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas