Connect with us

Oh! Media

Gadis Dicekik Rakan Bekas Teman Lelaki, Paksa Buat Seks Luar Tabii

Trending

Gadis Dicekik Rakan Bekas Teman Lelaki, Paksa Buat Seks Luar Tabii

Seorang gadis telah menjadi mangsa seks luar tabii kepada rakan bekas teman lelakinya, sebelum diugut untuk tidak menyebarkannya pada orang lain.

ADVERTISEMENT

Sebelum kejadian, mangsa telah diugut oleh ex nya untuk sebar video tak senonoh hubungan mereka di social media. Kerana takut, mangsa pun ikut kehendak ex nya untuk datang ke rumah sewa.

Di sana, mangsa telah dipaksa oleh bekas teman lelakinya untuk melakukan seks. Rakan suspek yang turut berada di rumah sewa tu, turut mengambil kesempatan ke atas mangsa. Suspek telah mencekik dan menolak mangsa, sebelum memaksanya lakukan seks luar tabii. Mangsa sekali lagi diugut untuk mengunci mulut, atau video bogelnya tersebar.

Tapi, kedua-dua suspek kini dah pun ditangkap oleh pihak polis selepas mangsa membuat laporan. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, rakan bekas teman lelaki mangsa memang mempunyai rekod jenayah lampau iaitu mencuri motosikal.

“Dua suspek utama direman selama tujuh hari bermula hari ini, manakala seorang lagi suspek yang berada di dalam rumah terbabit direman tiga hari, bagi membantu siasatan.” – katanya.

Jadi, ohmedia nak pesan pada semua. Jaga-jaga lah ya waktu bercinta ni. Jangan senang sangat percaya pasangan dan bagi gambar atau video bukan-bukan. Nanti kita sendiri yang susah.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas