Oh! Artis
Suami Sepupu Eyra Hazali Jadi Mangsa Nahas Helikopter
Nahas helikopter yang bertembung di lumut pagi ini masih membuatkan ramai terkejut dan setakat ini 10 mangsa disahkan maut.
BACA: Dua Buah Helikopter ATM Bertembung Di Udara, 10 Anggota Terkorban
Dimaklumkan juga, salah seorang anggota yang terkorban adalah sepupu kepada suami pelakon Eyra Hazali.
Melalui hantaran Instastory yang dimuat naik di akaun miliknya, Eyra memaklumkan mangsa yang dikenali sebagai Leftenan Komander Wan Rezaudeen antara mangsa yang terlibat dalam nahas itu.
Al Fatihah kepada semua yang terlibat dengan kemalangan helikopter.
Salah seorang mangsa adalah suami kepada sepupu saya iaitu Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin.

Hantaran Instastory dibuat oleh pelakon itu selepas mengetahui kemalangan dua pesawat yang dikatakan sedang melakukan latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90.
Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Kredit: Instagram @eyra.hazali
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM