Connect with us

Oh! Media

Saran Kerajaan Wujudkan Semula Bantuan RM250 Kepada Mahasiswa

Trending

Saran Kerajaan Wujudkan Semula Bantuan RM250 Kepada Mahasiswa

Walaupun kebanyakan mahasiswa sekarang belajar secara online dan duduk di rumah, tapi wang tetap menjadi salah satu masalah utama. Lagi-lagi pada siapa yang kena sentiasa top up untuk dapatkan data Internet, atau pelajar yang duduk di kawasan pedalaman, sudah tentu semuanya perlukan duit.

ADVERTISEMENT

Oleh itu, dalam Belanjawan 2021, kerajaan dah pun disaran untuk adakan semula dan menambah baik bantuan RM250 yang pernah diberi kepada mahasiswa sebelum ni. Bukan apa, bantuan macam ni walaupun nilainya tidaklah begitu tinggi, tapi tetap membantu untuk ringankan beban pelajar.

Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri pun bersetuju dengan saranan ni. Bukan itu saja, Amir Asyraf juga menyarankan kerajaan untuk beri peruntukan dalam penambahbaikan line Internet di negara kita.

“Kita dapat melihat ramai mahasiswa menghadapi masalah rangkaian Internet yang menyukarkan mereka untuk meneruskan sesi pembelajaran dalam talian. Kerja menaik taraf ini bukan saja akan dapat memberi manfaat kepada mahasiswa tetapi juga keseluruhan rakyat Malaysia berikutan banyak urusan kini dilakukan secara dalam talian.” – katanya.

Semoga saranan ni dapat sokongan yang baik dari kerajaan. Yelah, bantuan ni pun untuk kebaikan generasi kita juga.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas