Connect with us

Oh! Media

Filem Meletop AME2020 Milik Ejen Ali The Movie

Oh! Tidak

Filem Meletop AME2020 Milik Ejen Ali The Movie

Seperti yang Ohmedia jangkakan, Filem Meletop bagi Anugerah Meletop Era (AME) 2020 kali ini adalah milik filem animasi Ejen Ali The Movie di bawah terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation.

Ejen Ali The Movie berjaya membawa pulang trofi sekaligus menewaskan pencabar filem lain seperti Polis Evo 2, Sangkar, Pusaka dan pencabar terdekat animasi BoBoiBoy The Movie 2.

Anugerah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dihadiri ramai penggiat seni dan pengarah Ejen Ali The Movie, Usamah Zaid Yasin menerima anugerah terbabit dengan menyifatkan kejayaan mereka hasil kerja keras pasukan produksi.

Ini adalah testimoni hasil kerja kami berbaloi. Kami sangat bertuah kerana filem ini bukan sahaja meraih pelbagai kejayaan, malah menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dengan kutipan memberangsangkan. – Katanya.

Untuk pengetahuan korang, Ejen Ali The Movie telah berjaya mengutip kutipan pecah panggung sejak ia ditayangkan pada Disember 2019 iaitu sebanyak RM32.5 juta dan sebelum ini telah memaklumkan mereka berjaya membaya masuk siri Ejen Ali ke pasaran China.

BACA: Ejen Ali Antara 3 Program Luar Tembusi Pasaran China

Semoga industri animasi Malaysia terus meningkat naik dan berdaya saing dengan antarabangsa. Tahniah Wou Animation.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top