Connect with us

Oh! Media

Ejen Ali Antara 3 Program Luar Tembusi Pasaran China

Oh! Bisnes

Ejen Ali Antara 3 Program Luar Tembusi Pasaran China

Ohmedia mengucapkan tahniah buat pasukan Wow Animation bersama-sama Primeworks Studios yang baru-baru ini mengumumkan mereka berjaya membawa siri animasi Ejen Ali tembusi pasaran China. Ohmedia yakin rakyat Malaysia turut berbangga dengan pencapaian ini.

ADVERTISEMENT

Menariknya, siri Ejen Ali ini berjaya melakukan kerjasama strategik dengan platform penstriman video dalam talian terbesar China iaitu Tencent Video.

Siri Ejen Ali telah mula ditayangkan sejak 1 Disember lepas dan dialih bahasa kepada Mandarin bagi menarik minat kanak-kanak dan penonton di China.

Tencent Video juga difahamkan telah melakukan kerjasama bersama CAWRO iaitu sebuah syarikat kandungan dan jenama kanak-kanak terkemuka yang diiktiraf kerajaan China.

Kalau korang nak tahu, siri Ejen Ali ini adalah salah satu daripada tiga program luar negara yang berjaya lepas pasaran China tau. Memang ohsem lah!

Sudah sampai masa untuk animasi terbitan anak Malaysia seperti yang dihasilkan rakan kreatif kami WAU Animation untuk bergerak lebih jauh, mendapat lebih banyak peluang dan perhatian antarabangsa.

Ini selaras dengan komitmen kami untuk membawa hanya kandungan terbaik Malaysia ke peringkat dunia dan secara tidak langsung memperkenalkan perniagaan pelesenan dan jenama di rantau ini. – Kata Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios dan Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Ini satu lagi perkembangan yang positif buat animasi negara. Semoga Ejen Ali dapat diterima dan popular di China.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Ke Atas