Connect with us

Oh! Media

Pernah Jadi Mangsa Buli, Nasib Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Berubah Disebabkan Sebungkus Nasi Lemak

Ejen Ali Disney+ Hotstar

Branded

Pernah Jadi Mangsa Buli, Nasib Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Berubah Disebabkan Sebungkus Nasi Lemak

Antara perkara yang menjadi kerisauan para ibu bapa apabila menghantar anak-anak mereka ke sekolah adalah isu buli kerana perkara ni sukar untuk dibendung. 

Walaupun pihak sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) telah hadir dengan pelbagai inisiatif untuk membendung gejala ini, namun ia sukar untuk diubah kerana ia bergantung kepada individu tersebut. 

Tapi, seseorang itu mampu untuk berubah menjadi yang lebih baik jika sesuatu tindakan atau perkara menimpa diri mereka yang membuatkan mereka sedar tentang kesalahan mereka. Sama seperti isu Ali yang mana nasibnya berubah disebabkan oleh sebungkus nasi lemak.

‘Saya Terkejut Dengan Apa Yang Jadi Lepas Makan Nasi Lemak Tu…’

Ali berkongsi antara perkara yang dilakukan oleh pembuli dan bagaimana ia telah memberi kesan kepada hidupnya. 

‘Saya selalu diejek ketika waktu rehat dan banyak barangan sekolah saya telah dicuri dan dicampak ke luar kelas’

Ali juga menyatakan bahawa dia sering diugut oleh pembuli tersebut jika dia membuat laporan kepada pihak sekolah dan ibu bapa sehinggakan dia berasa trauma untuk datang ke sekolah. 

Apa yang lebih mengejutkan, pada suatu hari Ali membeli sebungkus nasi lemak daripada seorang nenek tua di depan rumahnya dan kemudian berasa mual setelah menghabiskan nasi lemak tersebut.

Hasilnya, dia pengsan dan dibawa ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan selanjutnya. Setelah dia pulang ke rumah, dia mendapati sesuatu yang aneh dan tak disangka dia memiliki kuasa yang luar biasa. 

‘Pada awalnya saya terkejut dengan apa yang saya ada, namun saya terima seadanya, mungkin ia adalah petanda buat saya untuk tampil lebih berani berhadapan pembuli!’

Disebabkan kuasa yang dia ada, dia terus berasa yakin untuk ke sekolah dan berhadapan dengan pembuli sehinggakan mendapat gelaran Ejen Ali.

Ejen Ali Musim 3 Kini Kembali Dengan Lebih Adegan Menarik

Haa, amacam cerita kisah Ali dibuli dan menjadi hero Cyberaya? Menarik kan? Cerita ini direka sendiri untuk dikaitkan dengan musim terbaru animasi Malaysia yang cukup terkenal iaitu Ejen Ali. 

Siapa kat sini peminat setia Ejen Ali? Kami ada berita baik untuk korang yang mana Ejen Ali bakal mengeluarkan musim terbaru mereka tau! Wow, seriuslah?! Kalau korang nak tau apa yang bakal terjadi, jom kita tengok sama-sama trailer di bawah ni. 

Disebabkan mendapat sambutan hangat daripada peminat, Ejen Ali hadir dengan musim ke-3 dan menjanjikan lebih banyak adegan-adegan menarik yang akan membuatkan korang tak boleh duduk diam!

Untuk musim kali ni menampilkan sedikit kelainan yang mana Ejen Ali akan mengambil bahagian dalam M.A.T.A Arena dan menempuh beberapa ejen lain dari seluruh dunia.

Apa yang lebih mengejutkan, hanya seorang Ejen saja yang layak untuk memenangi arena tersebut tau dan Ejen yang tidak mencapai markah minima akan dieliminasi. Wahhh, korang rasa Ejen Ali mampu tak bersaing dengan ejen-ejen yang lain?

Macam yang korang tahu, ramai Ejen yang telah berjaya menempah nama di arena tersebut termasuk Ejen Rizwan serta pengelibatan ibu Ejen Ali iaitu Ejen Aliya sebagai Ejen Tekno M.A.T.A.

Selain itu, untuk musim kali ini, mereka menampilkan beberapa wajah serta kuasa-kuasa baharu yang bakal membuatkan korang akan berbelah bahagi. Dengar cerita ada watak daripada luar negara sekali, betul ke? 

Terdapat juga penambahan gajet-gajet baru yang digunakan oleh ejen-ejen yang bertempur di arena tersebut. Haa, ibu bapa kat luar sana tu, korang wajib bagitau anak-anak korang sebab confirm diorang akan suka!

Spoiler Alert!

Kalau korang yang dah tonton Ejen Ali dari awal sehingga terkini, korang mesti kenal dengan Ejen Rizwan betul tak? Haa, untuk musim terbaru ni, dia buat kemunculan tau. Kalau nak tahu apa yang Ejen Rizwan lakukan, korang wajib stream di Disney+ Hotstar sekarang!

Dapatkah Ejen Ali memenangi dalam pertempuran tersebut? Adakah dia akan mengikut jejak langkah Ejen Rizwan? Adakah dia akan dikhianati dengan kawannya sendiri? Kalau korang nak tahu, korang wajib tonton musim terbaru ni tau! 

Tapi, kalau korang terlepas untuk tonton musim sebelumnya, korang juga boleh tonton daripada Ejen Ali Saga sehingga ke musim terbaru ni di Disney+ Hotstar. Haa, barulah best tengok dari awal sampai latest!

Untuk maklumat lanjut tentang musim terbaru Ejen Ali, layari laman web rasmi Disney+ Hotstar atau ikuti media sosial di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas