
Oh! Tidak
Fedtri Yahya Tampil Beri Komen Tentang Persembahan Nuha Yang Teruk Dikritik Netizen
Oleh
Nuha Bahrin yang merupakan peserta program Vokal Mania mempersembahkan lagu Kekasih Awal Dan Akhir sabtu lalu teruk dikritik netizen dan menjadi bahan ketawa kerana bersuara sumbang dan telahpun merosakkan lagu tersebut. Ohmedia sendiri pun terkejut bila dengar adik ni bawa lagu tu.
Disebabkan banyak yang mengecam, Fedtri Yahya yang merupakan pengacara terkenal juga tampil komen di Instagram dan mengatakan sekiranya Nuha tahu lagu ini berkonsepkan ketuhanan, Nuha tidak akan menyanyikan lagu tersebut sebegitu.
Menerusi laporan Harian Metro, Nuha menyedari akan kesilapannya dan mengatakan dirinya berasa gementar malam tersebut dan tidak dapat mengawal suara dengan baik, tetapi ketika latihan semuanya berjalan lancar.
Salam and greetings to everyone, i am fully aware of how horrible my performance was last night. I let my nerve get the best of me. Kepada semua yang dah advise nuha thank you so much and kalau boleh korg doakan nuha to do better next time. And nuha promise..
— nuha_bahrin (@nuhabahrin) November 1, 2020
Walaubagaimanapun, Nuha telahpun memohon maaf menerusi akaun rasmi Twitternya. Tahniah juga diucapkan kepada Nuha setelah berjaya memenangi Rookie Star Award hasil undian penonton.
Kredit: Harian Metro | Fedtri Yahya
+ Baca respon pembaca Nuha teruk dikecam di Facebook Oh! Media.
