Connect with us

Oh! Media

Terlibat Macau Scam? Ini Penjelasan Datin Shahida & Datuk Aliff

ohmedia aliff syukri

Trending

Terlibat Macau Scam? Ini Penjelasan Datin Shahida & Datuk Aliff

Cerita tentang Macau Scam di Malaysia takkan pernah habis selagi mereka semua masih terlepas di luar sana ok! Tapi kali ini ia melibatkan usahawa terkenal Malaysia, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang dikaitkan dengan aktiviti haram Macau Scam ini.

Kalau korang tahu, sebelum ini dua peguam Aliff Syukri telah membuat rayuan ke atas SPRM untuk melepaskan aset-aset miliknya dan isteri Datin Nur Shahida yang dibekukan.

ohmedia aliff

Tapi, Datin Nur Shahida telah menjelaskan yang setakat ini semua asetnya masih belum disita dan dia masih boleh menggunakan semua kereta miliknya.

IKLAN

Aset-aset tidak disita. Saya masih boleh guna kereta milik saya seperti biasa dan ia tak dirampas. – Katanya.

Pihak SPRM merasakan mereka terlibat dengan Macau Scam dan telah membuat siasatan dan ini hasilnya.

Mereka ke rumah kami dan siasat. Mereka ambillah apa-apa benda yang mereka perlukan dan….

Datin Nur Shahida menjelaskan dengan ucapan syukur kerana hasil siasatan mendapati mereka tiada kaitan dengan aktiviti haram itu.

Mungkin SRPM merasakan kami ada kaitan. Jadi, mereka ke rumah kami dan siasat. Mereka ambillah apa-apa benda yang mereka perlukan dan alhamdulillah, selepas disiasat kami tiada kena-mengena dan tiada kaitan. – Jelas Datin Nur Shahida.

Tapi, Datuk Aliff pula akan ambil tindakan siapa yang FITNAH!

Ya, walaupun Datuk Aliff tidak mahu ceritakan perkara sebenar, dia sempat untuk memberi peringatan untuk ambil tindakan ke atas siapa-siapa yang membuat dan menyebarkan fitnah.

Semua benda yang membabitkan fitnah dan penyebaran berita palsu, saya akan ambil tindakan. – Tegasnya.

Kita kena faham yang pihak SPRM pada waktu ini sedang rancak melakukan siasatan ke atas sesiapa sahaja yang dirasakan mungkin terlibat. Mungkin tau, belum bersalah lagi.

Jika hasil siasatan buktikan mereka tak terlibat, maka mereka bersihlah. Jadi, jangan keluarkan kata-kata kesat atau kecaman kepada seseorang walaupun mereka belum terbukti bersalah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas