Connect with us

Oh! Media

Muka Ditetak Parang, Terima Lapan Jahitan Gara-Gara Lembu

Trending

Muka Ditetak Parang, Terima Lapan Jahitan Gara-Gara Lembu


Jangan buat main dengan orang zaman sekarang disebabkan rumput pun boleh bawa gaduh tau. 

ADVERTISEMENT

Oleh kerana, tidak puas hati apabila ada lembu yang masuk ke kawasan tanaman rumputnya di Ketengah Jaya, Terengganu, seorang lelaki telah menyerang seorang peneroka dengan menggunakan parang.

Kejadian yang berlaku itu telah menyebabkan mangsa yang berusia 62 tahun cedera di muka dan menerima lapan jahitan akibat diserang suspek berusia 60 tahun.

Menurut sumber, semasa kejadian mangsa sedang menuju ke kandang lembunya dengan menunggang motosikal sebelum dia ditahan suspek yang juga seorang peneroka.

Suspek memberitahu yang lembu mangsa telah memasuki kawasan tanaman rumput miliknya sebelum berlakunya pertengkaran mulut antara mereka.

Suspek gagal mengawal perasaan marahnya dan telah pergi ke arah kenderaannya sambil membawa sebilah parang dan terus menyerang mangsa.

Serangan itu menyebabkan mangsa jatuh dari motosikalnya manakala suspek dan menantunya yang turut berada di lokasi kejadian segera beredar.

Mangsa luka di pipi kanan pulang ke rumahnya sebelum anaknya bawa untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya dan membuat laporan di Balai Polis Ketengah Jaya. – Kata Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah.

Dah buat salah boleh pula dia lari macam tu je, tahu pun takut. Haih, sebelum nak pukul mangsa dengan parang tu apa lah yang ada dalam fikiran dia eh?

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas