Connect with us

Oh! Media

Ditahan Ketika Sekatan Jalan Raya, Suami Nekad Lari Tinggalkan Isteri

Oh! Tidak

Ditahan Ketika Sekatan Jalan Raya, Suami Nekad Lari Tinggalkan Isteri

Sejak kelonggaran rentas negeri diumumkan, orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang untuk bercuti serta pulang ke kampung.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Myvi Sengaja Langgar Sekatan Polis Ditahan

Hal itu selepas sasaran vaksinasi dewasa telah mencapai 90 peratus sehingga menjadikan kes jangkitan harian turun mendadak dari hari ke hari.

Bagaimanapun, kebenaran untuk merentas itu hanyalah dibenarkan kepada individu yang sudah melengkapkan dua dos suntikan dan boleh didenda jika tidak melakukan itu.

Seorang lelaki nekad tinggalkan isteri di sekatan jalan raya

Namun, terdapat sebuah kejadian pelik apabila seorang lelaki warga Indonesia yang sanggup meninggalkan isterinya selepas ditahan pihak berkuasa.

Kejadian yang berlaku malam tadi ketika pemeriksaan Operasi Bersepadu di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur itu telah mengejutkan ramai orang.

Bagaimanapun, lelaki berusia 30 tahun itu yang berlari sejauh 200 meter dari lokasi telah ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut Harian Metro, lelaki berkenaan yang menaiki motosikal Honda Vario bersama isterinya yang juga merupakan warga Indonesia sedang dalam perjalanan ke Segambut dari Shah Alam.

Sebelum melarikan diri, lelaki tersebut memaklumkan ingin membuat panggilan telefon sebelum melarikan diri ke tengah jalan untuk meloloskan diri.

Semakan terhadap lelaki tersebut mendapati dia tidak mempunyai lesen memandu. Dia dan isterinya juga tidak mempunyai pasport yang didakwa tertinggal di rumah.

Sementara itu, menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli, seramai 129 anggota yang terdiri daripada tujuh agensi telah terlibat dalam operasi berkenaan.

Menurutnya, operasi yang bermula 8 malam hingga 12 tengah malam itu telah melibatkan sebanyak 1,450 buah kenderaan telah diperiksa.

Tambahnya, sebanyak 318 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, namun tiada kompaun bagi kesalahan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dikeluarkan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top