Connect with us

Oh! Media

Remaja Maut Bergesel Dengan Motosikal Terbabas Elak Lubang

elak lubang

Trending

Remaja Maut Bergesel Dengan Motosikal Terbabas Elak Lubang

Di Setiu Terengganu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal dinaiki bergesel dengan motosikal rakannya yang mengelak lubang.

ADVERTISEMENT

BACA: Langgar Jalan Berlubang, Warga Emas Maut

Kemalangan di Kilometer 44 Jalan Merang itu menyebabkan Muhammad Alif Azahari meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal lain ditunggangi pembantu kedai makan berusia 17 tahun cuba mengelak lubang di tengah jalan.

Mangsa yang datang dari arah belakang bergesel dengan motosikal itu lalu terbabas.

remaja maut

Memetik laporan Kosmo!, bapa mangsa, Azahari Abdullah berkata, anaknya itu keluar beriadah dengan rakan-rakan di Hutan Lipur Lata Payung sebelum dijadual kembali ke maahad tahfiz keesokan harinya.

Setengah jam sebelum kejadian, dia sempat menghubungi saya memberitahu dalam perjalanan pulang ke rumah kami di Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus selepas selesai solat Jumaat di sebuah masjid di Penarik, Setiu.

Menurut bapa, dia sempat membeli jubah dan kopiah untuk kegunaan Muhammad Alif apabila masuk ke tahfiz. Dia bagaimanapun reda dengan pemergian anak ke empat daripada lima beradik itu.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas