Connect with us

Oh! Media

Lebih 4,000 Individu Positif Lapor Diri Di CAC Stadium Malawati

CAC Stadium Malawati sesak

COVID-19

Lebih 4,000 Individu Positif Lapor Diri Di CAC Stadium Malawati

Peningkatan jumlah individu yang positif Covid-19 semakin membimbangkan sehingga menimbulkan kerisauan pelbagai pihak terutamanya rakyat Malaysia sendiri.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan MalaysiaGazette, situasi di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati Shah Alam mendapati ribuan individu-individu yang positif Covid-19 membanjiri stadium berkenaan untuk melaporkan diri.

Lebih menyedihkan apabila di kalangan individu yang positif terdapat kanak-kanak dan bayi terpaksa beratur di bawah matahari terik sejak pukul 11 pagi tadi.

Keadaan di CAC Stadium Malawati sesak dengan kehadiran orang ramai dilaporkan tiba daripada pukul 10 pagi sehingga ke parkir kenderaan Stadium itu.

Terdapat sebuah khemah berwarna putih yang menempatkan individu-individu yang mengalami simptom yang serius dan sesak nafas.

Rata-rata orang ramai yang hadir di CAC Stadium Malawati sudah membawa bagasi dan peralatan kelengkapan harian seperti bantal, baldi dan sebagainya, seolah-olah mereka sudah menjangka akan ditempatkan di pusat kuarantin selepas itu.

Lebih 10 bas persiaran diletakkan di bahu jalan yang membawa ribuan pesakit Covid-19 ke pusat kuarantin selepas tahap kesihatan mereka dinilai di CAC berkenaan.

Apa yang membimbangkan adalah, dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari tadi, dianggarkan lebih 4,000 orang telah hadir ke CAC Stadium Malawati.

Menurut petugas perubatan di situ, jumlah individu yang hadir ternyata membimbangkan kerana CAC Stadium Malawati hanya boleh menampung 1,200 sehingga 1,500 pengunjung sahaja dalam satu-satu masa bukannya 4,000 seperti harini.

Kredit : MalaysiaGazette Abangridhwan

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas