Connect with us

Oh! Media

6 Treler 20 Tan Tiba Di Muar, Syed Saddiq Belanja Peruntukan RM300k Bantu 5,000 Keluarga!

Cover Photo Om 1200 X 675 21

COVID-19

6 Treler 20 Tan Tiba Di Muar, Syed Saddiq Belanja Peruntukan RM300k Bantu 5,000 Keluarga!

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan seramai 5,000 keluarga terjejas di daerah itu akan mendapat bantuan bekalan makanan asas. Beliau menggunakan peruntukan RM300,000 dengan sebaiknya dan membuat rundingan dengan beberapa pihak untuk mendapatkan kos paling rendah.

Hasil rundingan itu, pasaraya KK Mart menawarkan diskaun daripada RM100 kepada RM55 sahaja untuk satu keluarga. Syarikat penghantaran, The Lorry pula menyediakan 6 buah treler 20 tan secara percuma. Baki selebihnya digunakan untuk menampung kos operasi.

204634704 4099574746788187 3088982311991191147 n
Satu set Food Basket Muar

Alhamdulillah saya telah belanjakan peruntukan RM300,000 yang diberikan untuk bantuan makanan Muar untuk 5,000 keluarga! Kerajaan sasarkan semua Ahli Parlimen bantu 3,000 keluarga (RM100 per keluarga) tetapi saya mahu bantu lebih lagi! Saya kena cari jalan untuk dapatkan sebanyak mungkin makanan dengan kos paling rendah.

Saya runding, runding dan runding lagi!! Semua orang saya tanya.Akhirnya, saya call dan minta bantuan KK Mart dan TheLorry. KK Mart beri super discount dari RM 100 ke RM55!!! TheLorry sediakan 6 buah treler 20 tan dengan percuma!!!Hasilnya saya dapat bantu 5,000 keluarga!! Selebihnya saya guna untuk kos operasi.

Ujarnya, apabila habis edaran siri bantuan ini, dia sudah membantu seramai lebih 15,000 keluarga secara keseluruhan. Di kesempatan itu juga, dia mengucapkan terima kasih kepada KK Supermart dan The Lorry yang sudi bekerjasama.

IKLAN
215235314 4099427343469594 5365441833134342187 n

Saya boleh saja beri mengikut sasaran Kerajaan Pusat tetapi saya mahu bantu lagi ramai keluarga Muar. Kalau setakat nak buat ala kadar, memang saya rasa bazir sangat. Kalau ramai boleh dapat bantuan ini, lagi baik. Apabila saya habis edarkan siri bantuan ini, bermakna saya sudah bantu lebih 15,000 keluarga mendapat bantuan makanan. Lagi cepat bagi bantuan, lagi bagus! Terima kasih sekali lagi KK SUPER MART dan TheLorry. Banyak betul budi dan jasa untuk bantu keluarga Muar. Syukur sangat-sangat. Doakan saya dan team cepat beri bantuan. LETS GOOOO!!!!!

Beliau turut berdoa agar semua bantuan tersebut selamat sampai kepada penerima. Di waktu pandemik hari ini, beliau sangat memahami kesukaran yang dihadapi orang ramai namun meminta maaf kerana kemampuannya terhad setakat itu sahaja.

Kredit: Syed Saddiq

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas