Connect with us

Oh! Media

6 Hospital Melebihi Ambang Amaran, Kadar Penggunaan Katil Melebihi 70%

COVID-19

6 Hospital Melebihi Ambang Amaran, Kadar Penggunaan Katil Melebihi 70%

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran terbaru di Facebook memaklumkan, kadar penggunaan katil rawatan kritikal (ICU) Covid-19 di Lembah Klang secara purata telah mencapai 90 peratus pada pagi 2 Mei 2021.

ADVERTISEMENT

Tambahnya, sebanyak enam buah hospital yang mempunyai katil rawatan kritikal khusus untuk pesakit Covid-19 telah melebihi ambang amaran (alert threshold).

Kadar penggunaan katil yang melebihi 70% melibatkan Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Katanya, ada di antara hospital terbabit telah menghampiri 100% penggunaan katil. Sementara itu, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada kadar melebihi 50% penggunaan katil rawatan kritikal.

Hospital Sungai Buloh yang beroperasi sepenuhnya sebagai hospital COVID-19 akan meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal / ICU secara berfasa bagi memenuhi keperluan yang meningkat.

KKM telah membuat perolehan peralatan perubatan seperti ventilator sejak tahun 2020 lagi bagi membolehkan Hospital Sungai Buloh meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal apabila terdapat keperluan mendesak.

Menurutnya lagi, pembedahan dan prosedur elektif di hospital di sekitar Lembah Klang juga akan dikurangkan atau ditangguh bagi membolehkan lebih banyak katil hospital dikhususkan untuk rawatan COVID-19.

Langkah ini juga membolehkan anggota perubatan dimobilisasikan ke tempat-tempat yang lebih kritikal bagi perawatan pesakit COVID-19.

KKM juga akan terus bekerjasama dengan hospital-hospital swasta, pengajar atau universiti di sekitar Lembah Klang bagi meningkatkan kapasiti katil-katil kritikal.

Ini termasuk penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 bagi kes dan prosedur tertentu untuk dirawat di hospital swasta dengan kos ditanggung oleh kerajaan pada caj rawatan yang telah dipersetujui.

Penyumberluaran ini telah pun dilaksanakan sejak gelombang kedua pada tahun 2020 dan masih diteruskan sehingga kini.

Beliau menyeru masyarakat supaya bersama-sama membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rangkaian Covid-19 di negara ini.

Kredit: Dr Noor Hisham Abdullah

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas