Connect with us

Oh! Media

Cekik Dan Bakar Cucu Dalam Ketuhar

Trending

Cekik Dan Bakar Cucu Dalam Ketuhar

Sesiapa sahaja yang bergelar datuk dan nenek dalam dunia ni, pasti gembira apabila mereka dikurniakan dengan seorang cucu. Sampaikan, bila ada nyamuk gigit, silap-silap nyamuk pula yang dimarahnya. Begitulah sayangnya datuk dan nenek kepada cucu.

ADVERTISEMENT

Tetapi apa yang telah berlaku kepada bayi yang baru berusia 2 tahun ini mungkin tidak seindah seperti yang kita bayangkan.

Disebabkan tidak tahan dengan cucu yang tidak berhenti menangis, sepasang suami isteri mabuk telah mencekik dan membakar cucu mereka di dalam ketuhar.

Pasangan datuk dan nenek yang berusia 48 dan 52 tahun itu pada mulanya telah diberikan kepercayaan untuk menjaga cucu mereka yang bernama Dima apabila anak dan menantu mereka, Maria, 20, dan Dmitry Shcherbakovy, 25, keluar.

Menurut Maria dan Dmitry, semasa pulang ke rumah pasangan itu, mereka dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila mereka dikatakan telah menjumpai baju Dima, tapi hairan apabila kelibat Dima lansung tidak kelihatan di dalam rumah itu.

Pencarian anak mereka itu dikatakan berakhir selepas mereka menjumpai mayatnya diselaputi dengan salji di luar rumah, dan terus membuat laporan kepada polis mengenai kejadian itu.

Menurut sumber, pihak polis telah mengesahkan bahwa kedua datuk dan nenek itu telah pun didakwa kerana melakukan pembunuhan itu di Kemerovo, barat daya Siberia.

Dima yang baru sahaja berusia dua tahun itu dikatakan telah dibunuh dengan kejam apabila  dia dicekik terlebih dahulu sehingga mati sebelum dibakar dalam ketuhar.

Sememangnya arak hanya memberi kemudaratan tanpa ada sedikitpun kebaikan. Disebabkan arak, nyawa seorang bayi yang tidak bersalah jadi mangsa. Jadi, jauhilah arak.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas