Connect with us

Oh! Media

Rakam Pemergian Sahabat Untuk Raih Perhatian Netizen? Ini Jawab Hafiz Mahamad

Trending

Rakam Pemergian Sahabat Untuk Raih Perhatian Netizen? Ini Jawab Hafiz Mahamad

Masih hangat lagi cerita tentang seorang influencer, Hafiz Mahamad yang upload video pemergian sahabatnya di Instagram. Dari awal perjalanannya ke rumah arwah, hinggalah selesai proses pengebumian. Semua lengkap dalam satu video.

ADVERTISEMENT

Dalam posting itu juga, Hafiz sempat meluahkan rasa yang terbuku dalam hatinya bila dengar yang sahabatnya, arwah Loh telah meninggal dunia. Hafiz sanggup beli tiket on the spot dan terus fly ke Kelantan untuk bantu uruskan jenazah. Bahkan, Hafiz siap mengimamkan solat jenazah arwah dan turun sampai ke liang lahad demi sahabatnya.

Tanpa disangka-sangka, rupanya tindakan Hafiz buat itu semua telah mengundang kecaman dari netizen. Ada yang melabelkan Hafiz tak sensitif dengan kematian arwah. Ada juga yang kata Hafiz record itu semua hanya sekadar untuk content bagi meraih views dan likes dari orang ramai. Mana taknya, orang lain datang majlis pengebumian, nak pegang phone pun tak sempat. Tapi Hafiz siap bawak team untuk recording.

Namun, ada juga netizen yang memandang hal tersebut dari sudur yang positif. Kata mereka, itulah nilai persahabatan yang sebenar sampai sanggup uruskan jenazah kawan hingga ke liang lahad. Bahkan, siap ada beberapa individu lagi yang gunakan isu ini sebagai topik untuk menasihati orang ramai. Betul-betul panas ya!

Apapun yang dikatakan netizen, sama ada dari sudut positif atau negatif, respons dari Hafiz Mahamad terhadap isu tersebut sangat simple. Kata Hafiz menerusi IgStorynya, hanya Allah yang tahu niat sebenar dia buat macam tu. Apa yang orang lihat, itu di luar kemampuannya untuk kawal. Dan Hafiz terima sahaja apa yang orang nak kata.

Betul juga apa yang Hafiz kata. Mulut orang memang kita tak boleh nak tutup. Yang penting, Hafiz tahu tujuan sebenar dia record video tersebut. Ohmedia pun taknak side mana-mana pihak, terpulanglah pada korang semua. Bagi orang yang nak ambil pengajaran, itulah yang dia dapat. Tapi bagi orang yang nak kecam, hm fikir-fikirlah sendiri.

Kredit: Instagram Hafiz Mahamad

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas