Connect with us

Oh! Media

Cacing Pita Paling Panjang Berjaya Ditemui Dalam Badan Seorang Lelaki Selepas Mengadu Sakit Perut

Trending

Cacing Pita Paling Panjang Berjaya Ditemui Dalam Badan Seorang Lelaki Selepas Mengadu Sakit Perut

Akibat sakit perut yang berpanjangan, seorang lelaki terkejut apabila mengetahui punca sebenarnya adalah disebabkan kerana seekor cacing pita yang hidup di dalam badannya.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Daily Star, lelaki yang berusia 67 tahun dari wilayah Nong Khai, Thailand itu pada awalnya menderita ‘kembung perut’ sejak awal Mac lepas dan disebabkan itu dia kemudiannya telah pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Melalui sampel najis yang diambil daripada badan lelaki itu, doktor telah mendapati rupanya terdapat hampir 28 larva berjangkit.

Cacing pita yang dikeluarkan dari dubur lelaki berkenaan selepas dia diberikan ubat.

Cacing pita yang hidup di dalam perut  lelaki itu kemudiannya telah berjaya dikeluarkan melalui duburnya pada keesokan hari selepas dia diberikan ubat.

Lebih mengejutkan, sebaik saja diukur panjang cacing pita Itu, mereka mendapati panjangnya adalah 18 meter dan sekaligus menjadikannya sebagai cacing pita terpanjang yang pernah dilihat di Thailand dalam tempoh 50 tahun.

Doktor percaya parasit itu dipindahkan ke dalam badan pesakit tersebut daripada daging mentah yang dimakannya.

Sementara itu, doktor yang mengetuai pasukan bagi mengeluarkan cacing itu, Dr. Schawanya Rattanapitoon berkata, ia telah dipindahkan dan hidup di dalam badan manusia menerusi aktiviti memakan daging mentah. Malah parasit itu juga dikatakan boleh hidup di dalam badan selama lebih 30 tahun.

Bagaimanapun, pada masa ini, ia tidak dapat bertahan lama kerana terdapatnya perubatan yang lebih baik.

Kami telah mencadangkan keluarga pesakit itu untuk turut melakukan ujian perubatan memandangkan mereka turut berisiko mengandungi cacing tersebut di dalam badan. – Katanya.

Lelaki itu dan juga keluarganya telah diberi amaran untuk tidak lagi memakan daging mentah kerana ia adalah penyebab utama kepada ancaman parasit yang tinggal di dalam badan.

Juga dikenali sebagai Taenia saginata, kebiasannya disebut sebagai cacing pita daging adalah merupakan sejenis parasit yang boleh hidup dalam badan manusia sehingga 30 tahun.

Manusia boleh terdedah kepada ancamannya apabila memakan daging mentah atau kurang masak yang mengandungi larva berjangkit. Jadi, lepas ini pastikan anda hanya makan daging yang sudah dimasak sahaja okay!

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas