×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Belum Sempat ‘Order’ Makanan, Warga Emas Dicekup JAIPk

Oh! Tidak

Belum Sempat ‘Order’ Makanan, Warga Emas Dicekup JAIPk

Dilaporkan seorang lelaki berusia 63 tahun dicekup oleh pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di sebuah kedai makan di sekitar Teluk Intan, semalam.

Dikatakan lelaki itu belum sempat order makanan dan cuba untuk melarikan diri bersama dengan individu ponteng puasa yang lain namun gagal sebelum berjaya ditangkap, lapor Kosmo.

Menurut Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop, lelaki berkenaan baru sahaja tiba di kedai berkenaan sebelum serbuan dijalankan. Ketika penguat kuasa tiba di lokasi, didapati beberapa pelanggan beragama Islam di dalam kedai lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Facebook JAIPk

“Seorang lelaki berjaya ditahan dan memaklumkan yang dia baru sahaja tiba di kedai dan belum menjamah makanan” 

Walau bagaimanapun, menurut Mohd Yusop lelaki berkenaan tidak dikenakan notis saman tetapi dia diberi nasihat dan amaran keras supaya tidak mengulangi perbuatan itu. 

Menerusi serbuan di premis makanan sekitar pekan Teluk Intan dan Langkap, didapati masih ramai individu terutamaya golongan warga emas berada di kedai makan.

Biasanya golongan seperti ini akan lari meninggalkan makanan mereka di atas meja selepas sedar akan kehadiran penguat kuasa.

Kredit : Kosmo Online

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

ADVERTISEMENT

Penulis di Oh! Media. Berkongsi mengenai isu viral dan info terkini

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top