Connect with us

Oh! Media

Rentas Negeri Dibenarkan Pada Hari Isnin Hingga Khamis Saja Bagi Semua Tujuan Yang Lulus

1227ec3e bf9d 4416 816f 65a0d1e26fc8

Trending

Rentas Negeri Dibenarkan Pada Hari Isnin Hingga Khamis Saja Bagi Semua Tujuan Yang Lulus

Peningkatan kes baharu Covid19 yang dilihat sejak empat hari lalu membuatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengehadkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya boleh dibuat pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata bahawa ini adalah salah satu usaha bagi mengekang penularan wabak Covid19 bagi tujuan pekerjaan, pasangan jarak jauh, kecemasan, kematian keluarga terdekat yang membabitkan ibubapa dan adik-beradik, perubatan dan pendidikan.

Sekiranya permohonan pergerakan diluluskan, ia hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja, manakala pergerakan pada hujung minggu tidak akan diluluskan.

Ini tidak termasuk bagi urusan-urusan membabitkan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.

Walaubagaimanapun, sekiranya korang ingin melakukan pergerakan rentas negeri disebabkan ada kecemasan, kematian dan pasangan jarah jauh pada hari-hari lain terutamanya di hujung minggu masih lagi dibenarkan.

IKLAN

Bagi sesiapa yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atas sebab-sebab sosial seperti majlis perkahwinan ataupun sebarang majlis-majlis lain pula adalah dilarang dan perkara ini dikatakan akan berkuatkuasa sehingga selesai perayaan Aidilfitri.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas