Connect with us

Oh! Media

Badan Dijumpai Beku Dalam Kereta Selepas Map Tunjuk Laluan Wilayah Tersejuk

Trending

Badan Dijumpai Beku Dalam Kereta Selepas Map Tunjuk Laluan Wilayah Tersejuk

Siapa sangka kita boleh mati kesejukan di dalam kereta? Jika di Malaysia perkara seperti itu memang mustahil, tetapi bukan di wilayah tersejuk di Rusia.

ADVERTISEMENT

Ini apabila seorang remaja lelaki ditemui mati dalam keadaan kaku akibat kesejukan dan ini berpunca selepas kereta yang dipandunya sesat dan memasuki wilayah paling sejuk di Rusia.

Menurut laporan The Sun, mangsa Sergey Ustinov, 18 hanya mengikuti arah yang ditunjukkan Google Map yang dipercayai memberikan laluan pintas.

Sergey yang memandu bersama rakannya itu kurang bernasib baik bila radiator kereta mereka rosak dan menyebabkan mereka tersadai di tepi jalan.

Akibatnya, kedua-duanya mengalami keradangan akibat kesejukan, namun Surgey tidak dapat bertahan apabila meninggal dunia. Hasil siasatan, tahap kesejukan pada -50C’ semasa kejadian berlaku.

Kawannya pula bernasib baik apabila terselamat tetapi mengalami hipotermia akut atau keradangan kerana terdedah dengan cuaca sejuk pada bahagian kaki dan tangan.

Tak dapat bayangkan bila kita terpaksa duduk dalam tempat yang sejuk dan tak mampu membuat apa-apa untuk lari dari keadaan itu. Bangun pagi mandi dengan air sejuk pun dah rasa seram.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas