Connect with us

Oh! Media

Guna Ilmu Untuk ‘Tengok’ Siapa Curi, Ayah Tertuduh ‘Nampak’ Bayangan Nama Zulfarhan

Trending

Guna Ilmu Untuk ‘Tengok’ Siapa Curi, Ayah Tertuduh ‘Nampak’ Bayangan Nama Zulfarhan

Sudah hampir tiga tahun lebih, namun kes bunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan seorang Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain masih belum lagi selesai. Selepas ditangguh pada Oktober lalu kerana pelaksanaan PKPB, akhirnya kes dibicarakan semula pada hari ini.

ADVERTISEMENT

Terdahulu, 15 daripada 18 orang tertuduh dah pun selesai beri keterangan dan membela diri daripada pertuduhan. Tinggal tiga lagi tertuduh yang akan beri penerangan pada prosiding kali ini. Salah seorang tertuduh, Muhammad Ashraf Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi yang bapanya ada ilmu untuk ‘tengok’ siapa yang mencuri laptop milik Muhammad Akmal Zuhairi iaitu tertuduh pertama.

Rakannya, Mohd Syafiq Abdullah yang juga bekas penuntut UPNM telah mencadangkan kepada Ashraf untuk minta tolong pada ayahnya untuk ‘tengokkan’ siapa individu yang curi. Menurut Ashraf, memang ada beberapa orang rakannya yang tahu tentang ilmu yang dimiliki ayahnya.

“Syafiq turut memberitahu nama-nama orang yang disyaki iaitu Nazmi, Izzat Amir dan arwah Zulfarhan Osman. Saya bersetuju meminta bantuan ayah saya dan telah pulang ke bilik untuk membuat panggilan telefon.” – katanya semasa membacakan penyataan saksi pada prosiding bela diri.

30 minit kemudian, ayahnya maklumkan yang mungkin arwah Zulfarhan yang ambil laptop tersebut. Namun disebabkan tidak ada sebarang petunjuk yang jelas, ayahnya menyuruh Ashraf supaya tidak ambil sebarang tindakan. Bila ditanya kenapa Ashraf tak terus buat laporan pada pihak berkuasa, Ashraf menyatakan yang dia hanya akur arahan bapanya supaya tidak buat apa-apa tindakan, termasuklah membuat laporan kerana tiada bukti.

Dalam prosiding 16 Mei 2018, ayah Ashraf, Abdullah Md Seh memang ada menyatakan yang dia ada dapat ‘petunjuk’ yang arwah Zulfarhan telah mencuri laptop tersebut. Abdullah yang juga saksi pendakwaan ke 13, menyatakan yang petunjuk itu adalah dari gerak hatinya selain melihat nama Zulfarhan yang muncul pada pandangannya.

Perbicaraan kemudiannya ditetapkan untuk bersambung 28 Disember nanti. Untuk rekod, 18 penuntut UPNM ini telah diperintahkan mahkamah untuk bela diri selepas dituduh membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan. Mereka didakwa telah mendatangkan kecederaan kepada arwah dengan sengaja supaya mangsa mengaku yang dia telah mencuri komputer riba. Menurut laporan, Zulfarhan telah ditekap dengan dengan menggunakan seterika hingga mengalami komplikasi luka lecur.

Kredit: Sinar Harian

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas