Connect with us

Oh! Media

Selepas Menembak Ibu & Anak, Suspek Pulang Seperti Tiada Apa Yang Berlaku

Trending

Selepas Menembak Ibu & Anak, Suspek Pulang Seperti Tiada Apa Yang Berlaku


Telah tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu video yang memaparkan seorang anggota polis berpangkat Koperal di Filipina yang menembak dua beranak sehingga maut gara-gara mereka telah membuat bising.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu dikatakan telah berlaku pada 5.10 petang waktu tempatan di sana, dan menurut laporan polis yang dibuat pada 5.30 petang, suspek telah menyerah diri pada 6.19 petang pada hari yang sama.

Pengarah Polis di Tarlac, berkata Nuezca dipercayai bengang apabila dia mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh meriam buluh daripada Frank (mangsa).

Menurut sumber, majoriti masyarakat Filipina adalah Kristian dan sekarang sudah menjadi kebiasaan mereka untuk bermain meriam buluh pada bulan perayaan (krismas).

Nuezca dikatakan telah pergi ke rumah keluarga Gregorio untuk menyuruh Frank diam daripada membuat bising dan akhirnya pergaduhan itu dikatakan telah beralih kepada isu pemilikan tanah yang telah lama berterusan di antara kedua keluarga itu.

Frank yang pada waktu itu dikatakan berada dalam keadaan mabuk telah menyebabkan ibunya datang mempertahankannya dengan memeluknya dari belakang.

Dalam video itu, boleh dilihat Nuezca ada mengancam Gregorio dan Frank dengan berkata;

Anak jalang (Son of the b*tch), kau nak aku bunuh kau sekarang ke? – Kata Nuezca.

Anak perempuan Nuezca yang masih kanak kanak dikatakan turut berada di sebelah ayahnya dan menyaksikan sendiri pergaduhan itu dan dia juga dilihat telah mengeluarkan beberapa kata-kata dengan menyatakan;

Kau diam je la. Ayah aku seorang polis. – Kata kanak kanak itu kepada ibu Frank.

Lalu Gregorio (ibu Frank) dikatakan telah membalas kata-kata anak perempuan Nuezca dengan menjawab;

Aku Tak Peduli (I don’t care). – Kata Gregorio.

Dan secara tiba-riba, Nuezca telah melepaskan tembakan dari jarak dekat ke kepala kedua-dua mangsa dan menembak sekali lagi setelah mangsa rebah terbaring di tanah.

Saksi kejadian turut mendakwa Nuezca dan seorang lagi lelaki tidak dikenal pasti telah membelasah Frank sebelum rakaman dibuat.

Saksi juga ada memberitahu, selepas sahaja dia menembak dua beranak itu, Nuezca membawa pulang anak perempuannya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

BBC melaporkan, Jonel Nuezca telah pun menyerah diri pada Ahad selepas dia menembak jirannya, Sonya Gregario, 52, dan anak lelaki wanita itu, Frank yang berusia 25 tahun.

Hashtag Keadilan

Sejak video itu tersebar, pelbagai hashtag dikatakan tular di media sosial yang mendesak keadilan buat Gregorio dan Frank.

Hashtag lain juga dilihat turut dicipta oleh netizen kerana kesombongan kanak kanak itu yang menyatakan bahawa ayah dia seorang polis.

Pembunuhan itu telah mencetuskan kemarahan ramai dan mereka turut menuntut pembaharuan kepada sistem polis negara itu.

Nuezca menghadapi lima pertuduhan pentadbiran termasuk dua kerana membunuh, walaupun ianya telah ditarik balik kerana dikatakan tidak mempunyai bukti yang cukup.

Kredit: Astro Awani

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas