Connect with us

Oh! Media

“Ayah Tak Lawan Sebab Tak Berdaya, Baru Selesai Dialisis” – Anak Mangsa

anak mangsa

Trending

“Ayah Tak Lawan Sebab Tak Berdaya, Baru Selesai Dialisis” – Anak Mangsa

Kejadian yang tular di media sosial telah membuatkan netizen bengang dengan lelaki yang tergamak memukul seorang warga emas di Padang Jawa, Shah Alam. Menurut Kosmo, anak mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Azzali Zainoldin mengatakan ayahnya pada waktu itu baru saja selesai dialisis dan tidak berupaya untuk melawan pemuda yang bertindak aggresif itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Suspek Pukul Warga Emas Negatif Dadah, Polis Dedah Punca Kejadian

Warga emas yang dipukul itu dikatakan baru selesai dialisis dan bersamanya di dalam kereta, isteri serta cucu berumur tiga tahun setengah.

Suspek terajang warga emas

Muhammad Azzali Zainoldin telah menceritakan kronologi di status Facebooknya dan kecewa dengan sikap pemuda yang bersikap kurang ajar terhadap bapanya.

Kejadian tersebut berlaku apabila bapanya yang sedang memandu telah sedia untuk belok ke kanan untuk menaiki jambatan telah dipotong oleh sebuah motosikal dengan laju untuk terus ke Jalan Mat Raji.

Disebabkan itu, suspek berasa tidak selamat dan terus memaki ayah saya dengan jeritan yang kuat. Sebagai seorang yang tua dan berumur, ayah saya rasa bersalah dan dia keluar dari kereta untuk melihat apa yang terjadi kerana risau jika ada pelanggaran dan cedera pada suspek.

Tiada sedikit pun pelanggaran berlaku dan kerana tidak puas hati serta melihat ayah keluar dari kereta, suspek U-turn dan kembali ke kereta ayah. Dia terus melulu ke arah ayah dan terajang ayah.

Muhammad Azzali menyatakan ayahnya tidak mampu untuk melawan pemuda tersebut kerana tidak berdaya dan baru saja selesai dialisis.

Semasa dipukul dan ditumbuk tanpa henti, ayahnya hanya melindungi lengan kiri dan pinggangnya dari tercedera kerana risau tapak dialisis pecah atau putus.

Sungguh kejam pemuda tersebut kerana sanggup memperlakukan seorang warga emas sebegitu rupa. Semoga pemuda yang tidak berhati perut itu diberikan hukuman dan balasan yang setimpal dengan perbuatannya.

Kredit: Facebook | Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas