Connect with us

Oh! Media

Suspek Pukul Warga Emas Negatif Dadah, Polis Dedah Punca Kejadian

Trending

Suspek Pukul Warga Emas Negatif Dadah, Polis Dedah Punca Kejadian

Tindakan seorang lelaki memukul warga emas bertubi-tubi tanpa belas kasihan mengundang padah apabila dia ditahan polis semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Lelaki Biadap Pukul Warga Emas Tanpa Belas Kasihan Akhirnya Dicekup!

Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal yang dilakukan mendapati suspek tidak berpuas hati dengan cara pemanduan mangsa.

Punca kejadian disyaki berpunca daripada mangsa yang dikatakan membelok kenderaan secara tiba-tiba. Suspek yang berang marah lalu memukul mangsa.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati suspek negatif dari sebarang pengaruh dadah.

Siasatan lanjut bagaimanapun masih dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas