Connect with us

Oh! Media

“Azan Dilaungkan” – SAR Gunung Batu Putih Masuk Hari Ke-12, Bomba Perak Kongsi Perkembangan Terkini

Ohmedia bomba Perak

Trending

“Azan Dilaungkan” – SAR Gunung Batu Putih Masuk Hari Ke-12, Bomba Perak Kongsi Perkembangan Terkini

Operasi SAR Gunung Batu Putih diteruskan dalam skala kecil.

Usaha mencari pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang hilang di Gunung Batu Putih masih diteruskan biarpun operasi mencari dan menyelamat kini memasuki hari ke-12.

Menerusi perkongsian Bomba Perak Official, azan dilaungkan di lokasi SAR setiap kali pasukan pencarian memulakan tugas.

Pasukan SAR terus redah laluan mencabar

Menurut Bomba Perak Official lagi, operasi SAR pada 4 Jun 2026 diteruskan dengan usaha pencarian dipergiatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Malim Gunung Perhutanan (MGP) serta komuniti sukarela Orang Asli.

IKLAN

Pasukan pencarian dilaporkan terus meredah laluan mencabar melibatkan cerun curam, hutan tebal, aliran sungai berbatu serta kawasan pedalaman yang sukar diakses bagi menjejaki sebarang petunjuk baharu.

Setiap laluan, ceruk, denai dan kawasan berpotensi turut diperiksa tanpa mengenal penat dan lelah demi membantu usaha mengesan mangsa.

Perkongsian itu turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terus memberikan sokongan, bantuan serta doa buat pasukan SAR dan keluarga mangsa.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan operasi mencari dan menyelamat Jaslinda yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu diteruskan dalam skala kecil bermula Khamis.

Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Penyelarasan SAR di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, operasi pencarian tidak dihentikan, sebaliknya disusun semula dengan penglibatan agensi serta anggota yang lebih terhad.

Menurut beliau, sepanjang 11 hari operasi dijalankan, seramai 116 anggota daripada pelbagai agensi digerakkan termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan, Pasukan Gerakan Am (PGA), malim gunung serta penduduk tempatan.

Beliau berkata, kira-kira 95 peratus kawasan pendakian Gunung Batu Putih telah diperiksa menggunakan pelbagai kaedah pencarian, namun mangsa masih belum ditemui.

Malah, sepanjang operasi berlangsung, beberapa anggota penyelamat turut mengalami kecederaan menyebabkan pihaknya merancang operasi seterusnya tidak membahayakan anggota dan mengelakkan pembaziran sumber.

Pssttt! Dalam keadaan hutan yang tebal, laluan mencabar dan risiko keselamatan yang tinggi, usaha pasukan SAR ini benar-benar menyentuh hati.

Semoga setiap doa, azan dan usaha yang dilakukan membuka jalan kepada petunjuk baharu. Buat keluarga Jaslinda, semoga terus diberikan kekuatan dalam menanti khabar yang diharapkan.

Kredit: Astro Awani | Facebook Bomba Perak Official
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas