
Oh! Tidak
Anak Rakam Bapa Uzur, Tuduh Berzina Walaupun Terlantar Pakai Lampin
Tular video seorang lelaki tua yang uzur dituduh berzina oleh anak sendiri.
Tular di media sosial baru-baru ini sebuah video memaparkan seorang anak kepada lelaki uzur memuat naik rakaman pertelingkahan dengan bapanya.
Lebih mengejutkan apabila si anak mendakwa bapanya melakukan hal terkutuk bersama wanita yang dipercayai penjaga bapanya.
Bapa tak mahu anak jaga
Si anak memujuk bapa untuk tinggal bersama mereka di Pulau Pinang, tetapi si bapa menolak dan meminta anak pulang.
Lelaki uzur yang terlantar di atas katil memakai lampin tetap berkeras mahu dijaga oleh wanita itu dan mengatakan mereka sudah bernikah.
Si anak meminta bapa menunjukkan bukti surat nikah tetapi si bapa meminta anak tidak masuk campur.
Situasi menjadi tegang apabila bapa menuding jari kepada ibu si anak menggelarnya sebagai wanita jahat.
Masalah ibu hang tu. Dia telefon hospital Taiping. Dia kata kami (wanita yang menjaga) ni belum kahwin lagi. Dia cakap bukan muhrim lagi.
Lelaki tua itu turut menjerit memanggil ’emak’ mempersoalkan mengapa membenarkan si anak masuk ke rumah.
Penjaga bapa juga naik angin

Berang dituduh buat maksiat, wanita yang merupakan penjaga turut meninggikan suara berkata lelaki tersebut sudah lama mati pucuk.
Wanita itu mendakwa dia hanya menjaga atas permintaan si bapa dan meminta si anak tidak biadap.
Ayah hang ni mati pucuk lima tahun dah! Aku jaga je dia! Bukan buat apa-apa. Dia yang suruh aku jaga dia. Hang ingat aku nak ke duduk sini jaga dia?!
Wanita itu meminta si anak tinggal di rumah itu jika benar mahu menjaga, tidak perlu bawa bapa ke Pulau Pinang dalam keadaan sebegitu.
Namun begitu, tindakan anak perempuan tersebut merakam dan menularkan video si bapa yang terlantar sakit mendapat kecaman daripada orang ramai.
Netizen menganggap tuduhan zina terhadap bapa sendiri adalah satu perkara yang amat berat dan tidak seharusnya dibuat tanpa bukti sahih.
Pssttt! Rasanya hal keluarga tak perlulah masuk sosial media. Selesaikan secara baik dan jika benar ada melakukan hal terkutuk, report je kepada pihak berkuasa.
Kredit: X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
