Connect with us

Oh! Media

“Tetapi Tak Bermakna Kami Perlu Benci Mahathir”, Amanah Sokong Anwar Jadi PM

Oh! Negara

“Tetapi Tak Bermakna Kami Perlu Benci Mahathir”, Amanah Sokong Anwar Jadi PM

Parti Amanah Negara atau lebih dikenali sebagai Amanah hari ini telah menegaskan bahawa mereka akan tetap setia kepada parti Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ADVERTISEMENT

Naib Presidennya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, janji mereka masih tak akan berubah untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Tetapi ia tidak bermakna kami perlu membenci Tun Dr Mahathir Mohamad dan menafikan keistimewaan dan kepakaran beliau dalam membawa kebaikan kepada negara.

Beliau (Mahathir) ada pengalaman dan kelebihan di peringkat antarabangsa. Amanah tak akan dibebankan dengan apa-apa kebencian yang ada di luar sana. – Katanya.

Pertelingkahan antara penyokong Dr Mahathir dengan Anwar sebelum ini dilihat semakin ketara apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendakwa dibentuk melalui sokongan yang tipis.

Dia berkata, negara akan jadi huru-hara memandangkan pemimpin daripada parti-parti di bawah PN selalu bergaduh, ini boleh menyebabkan hilangnya tumpuan kita untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik.

Bila negara dipimpin oleh kumpulan parti-parti yang bersengketa sesama mereka dan bertopengkan muafakat demi kepentingan Melayu atau Islam akan membuat negara ini tak stabil.

Bila negara dan kerajaan tak stabil, tiada siapa yang akan fokus membela rakyat terutamanya pada musim pandemik ini. – Kata Hasanuddin.

Kalau nak bahas pasal politik ni memang takkan pernah habis. Yang penting rakyat mahu semuanya adil dan saksama terutamanya dalam pengendalian SOP.

Kredit: Sinar Harian

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas